Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Perhentian Island Resort Review Pulau Perhentian Besar

$
0
0
Ramai lagi rasanya yang belum berkesempatan ke Pulau Perhentian, Terengganu. Ramai yang masih tidak tahu bahawa lokasi Pulau Perhentian merupakan salah satu destinasi pulau yang menjadi pilihan pelancong seluruh dunia kalau ke Malaysia. Kat Perhentian banyak spot lokasi menarik untuk divers, snorklers dan juga pencinta pantai. Pemandangan Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil memang cantik dan punyai keunikkan tersendiri.

MrJocko nak share kisah travel pada tahun 2007 yang mana masa tu kami sempat menginap di Perhentian Island Resort selama 3 hari 2 malam. Cerita lama, boleh tengok di entry Perhentian Island Journey 1, Perhentian Island Journey 2 dan Perhentian Island Journey 3.




Perhentian Island Resort terletak di Pulau Perhentian Besar dan sememangnya antara resort yang paling besar di sini. Lokasinya memang cantik dan berada di teluk yang agak landai, senang untuk pelancong mandi manda.

Punya 2 jeti untuk kegunaan bot yang menghantar dan mengambil penumpang serta dilengkapi dengan kemudahan wakaf, gazebo dan kerusi kayu di sepanjang pantai untuk kegunaan tetamu hotel. Kat sini juga ada banyak disediakan kemudahan perkhidmatan sewa basikal, bot, scuba diving dan pelbagai aktiviti air lain. Untuk tujuan snorkling, goggle di sediakan kepada semua tetamu hotel yang mengikut pakej snorkling sekitar pulau. Harga pakej biasanya mengikut kadar semasa hotel.






Standard bilik yang ditawarkan agak murah Harga untuk setiap bilik Standard dan Deluxe memang berbeza tetapi untuk satu keluarga, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, memadai dengan bilik standard. Makanan tidak menjadi masalah kat sini. Di hotel sendiri ada disediakan kafe untuk tetamu hotel dan pakej penginapan anda biasanya termasuk dengan sarapan pagi. Untuk menu makan tengahari dan makan malam, boleh pilih dengan harga berasingan. Ataupun anda boleh jalan kaki dalam jarak 100 meter dan bersebelahan Perhentian Island Resort memang ada 2 - 3 gerai makan yang mungkin sesuai dengan citarasa anda. Harga mungkin agak mahal berbanding tanah besar (Kuala Besut).





Malam biasanya pihak resort akan mengadakan buffet BBQ dan ia memang menyajikan menu lauk pauk seafood yang segar dan sedap. Apa lagi yang anda harapkan kalau berada di tengah pulau dan dikelilingi laut. Semestinya ada Udang, Ketam, Sotong, Ikan dan macam-macam lagi.

Kesimpulannya, tak rugi kalau anda pilih Pulau Perhentian sebagai lokasi percutian anda. Banyak lokasi di Pulau Perhentian mencapai taraf yang membanggakan dan masih lagi berada dikemampuan kita rakyat Malaysia. Pergi lah melancong dan Cuti-Cuti Malaysia.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468