Setelah beberapa kali tertangguh, akhirnya minggu ini, bermula semalam Isnin 29 Julai 2013, MrJocko dalam proses memindahkan data-data dan benda-benda wajib untuk penjenamaan semula blog MrJocko.com. Proses ini akan melibatkan pemindahan data dalam Blogspot ke hosting Wordpress.
Kalau dulu sejak 2006 MrJocko bersama Blogger, kini dah mula pindah sikit demi sikit ke WordPress. Sekarang pun tengah belajar cara-cara untuk transfer data blog dalam Blogger ke WordPress. Kemudian, dengan hosting baru, tengah belajar camana nak edit dan manage 'cpanel'.
Bagi follower MrJocko.com, harap dapat bagi masa sehari dua lagi, InsyaAllah segala kerja-kerja pindahan blog dari Blogger ke Wordpress akan selesai.