Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Perbezaan Antara AirAsia Dan MAS

$
0
0

 

Memang kecoh sejak dua tiga hari lepas isu ibu dan bayi beliau (Izan dan Maryam) yang dihalang untuk menaiki pesawat AirAsia sewaktu berada di Lapangan Terbang HoChi Minh. Ramai yang turut bersimpati dengan nasib dua beranak itu dan ramai yang menganggap AirAsia menganiaya mereka.

Mungkin yang terjadi salah faham dan penumpang seharusnya kena ambil tahu juga pasal undang-undang dan peraturan semasa di lapangan terbang dan menaiki pesawat. Ambil contoh syarat 7 kilo muatan untuk hand luggage yang ditetapkan AirAsia bukan semata-mata kerana untuk mengenakan charge bagasi, tetapi untuk keselesaan penumpang dalam kabin. Bayangkan anda bawa beg size 30kg ke dalam kabin, macamana nak isi diruangan kabin?

Dalam kes demam campak atau mungkin kes demam berjangkit lain, rasanya ia memang ramai yang tahu, jika anda mengidap penyakit demam 'chicken pox' ni pihak Airport tidak akan membenarkan anda menaiki pesawat kerana dikhuatiri akan berjangkit kepada Crew dan Penumpang lain. Ia memang ada tertulis dalam syarat dan peraturan semasa membeli tiket. Mungkin yang ramai rasa tak puas hati cara pengendalian dalam urusan tolak ansur antara pihak terlibat dengan mangsa, mungkin.

Apapun, kita yang tak tahu cerita sebenar, tak payah nak komen lebih-lebih kot. Nanti kita salah fakta. Yang penting, TAHNIAH buat MAS yang menjadi penyelamat dan meringankan masalah mangsa. Thumbs up untuk MAS.

Jom kita lihat apa perbezaan yang MrJocko pernah alami sewaktu menaiki pesawat AirAsia berbanding pesawat MAS.

1. Pesawat AirAsia lebih baru dan cantik dari pesawat MAS.

2. Nak naik pesawat, kalau AirAsia kena naik tangga. MAS pakai 'terowong' terus masuk kabin.

3. Bagasi AirAsia kena bayar, bagasi MAS dapat FREE jer,,, tapi kalau bawa lebih muatan tetap kena bayar.

4. Tempat duduk AirAsia dibaluti kulit, manakala pesawat MAS seat fabrik.

5. Nak makan dalam kabin, AirAsia kena bayar, MAS menyediakan makan dan minum PERCUMA.

6. Pramugara dan Pramugari AirAsia ramai yang muda-muda berbanding MAS ;).


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468