Kuala Lumpur dan Selangor memang terkenal dengan lokasi membeli belah bagi pelancong luar negara dan antara lokasi tempat bersantai warga kota dihujung minggu. Ada banyak pusat membeli belah yang terdapat di Kuala Lumpur dan Selangor dan ia semakin banyak saban tahun dengan beberapa lokasi baru yang baru siap dan ada yang masih dalam pembinaan.
Antara lokasi pusat membeli belah terkenal di Kuala Lumpur dan Selangor termasuk Mid Valley Megamall, Suria KLCC, Pavilion KL, Sunway Pyramid dan juga One Utama.
1. Mid Valley Megamall
Mid Valley Megamall adalah sebuah kompleks yang terdiri daripada pusat membeli-belah, satu blok menara pejabat, 30 pejabat, dan 2 Hotel terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia telah dibuka pada November 1999. pusat membeli-belah ini mempunyai 4.5 juta sq ft (420,000 m²) daripada jumlah kawasan lantai.
Ia menempatkan 48,300 sq ft (4,500 m²) pusat konvensyen dan terletak bersebelahan dengan hotel perniagaan 646 bilik bernama Cititel Midvalley dan 30 unit pejabat 11 tingkat tandatangan eksklusif. Hotel yang kedua, Boulevard, dibuka pada pertengahan 2005.
Shopping Mall ini menjadi pilihan bersantai MrJocko sekeluarga di hujung minggu berbanding lokasi lain kerana pilihan kedai-kedai yang pelbagai, pilihan restoran dan makanan yang banyak, kedudukan yang agak strategik dan banyak pilihan.
Mid Valley Megamall semakin menjadi tumpuan warga kota apabila kini ia berdamping dengan shopping mall The Gardens yang menawarkan pelbagai koleksi jenama antarabangsa dan ruang niaga yang lebih eksklusif.
Kalau ke Mid Valley Megamall, kami selalu singgah di Daiso, Toast At Work dan juga di AEON Big.
Kelemahan Mid Valley Megamall ialah untuk mendapatkan ruang parkir jika anda lewat ke sana. Untuk memudahkan anda parkir, sila datang awal dan parkir di bahagian D, bahagian parkir atas.
Kelemahan Mid Valley Megamall ialah untuk mendapatkan ruang parkir jika anda lewat ke sana. Untuk memudahkan anda parkir, sila datang awal dan parkir di bahagian D, bahagian parkir atas.
2. Suria KLCC
Suria KLCC adalah pusat membeli belah eksklusif pertama yang dibina di Malaysia pada tahun 1998. Kedudukkannya yang terletak di bawah Menara Berkembar Petronas menjadikan ia pilihan utama pelancong asing untuk datang ke sini. tidak hairan pada masa ia dibina, ia menawarkan pelbagai outlet jenama antarabangsa yang eksklusif dan mewah.
Kedudukan Suria KLCC memang terletak ditengah bandaraya Kuala Lumpur dan agak besar dengan keluasan 140,000 m2 (1,500,000 sq ft). Mungkin kelebihan utama Suria KLCC kerana ia terletak di Menara Berkembar Petronas.
Pada pandangan peribadi MrJocko, Suria KLCC lebih kepada destinasi Pusat Membeli Belah kepada Pelancong Asing berbanding orang Malaysia jika dilihat dari segi harga yang di tawarkan memang agak mahal berbanding tempat lain.
Jika kami ke Suria KLCC, lokasi yang selalu kami singgah di Cold Storage, La Cucur KLCC dan juga kolam air pancut berhadapan dengan Suria KLCC.
Bayaran parkir di Suria KLCC agak mahal dan jangan terkejut jika anda perlu membayar sekitar RM10-RM15 untuk bayaran parkir selama lebih kurang 2 - 3 jam.
3. Pavilion Kuala Lumpur
Pavilion Kuala Lumpur adalah pusat membeli-belah yang terletak di daerah Bukit Bintang di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia dibina di atas tapak bekas Sekolah Bukit Bintang Girls, sekolah yang tertua di Kuala Lumpur. Pavilion Kuala Lumpur telah dibuka pada 20 September 2007 dan ia terdiri daripada empat komponen utama iaitu pusat membeli-belah runcit, sebuah menara pejabat, dua kediaman dan hotel yang masih dalam pembinaan.
Secara umum, Pavilion adalah pusat membeli belah paling eksklusif setakat ini ini Malaysia dan ia ketiga dibina selepas Suria KLCC dan The Gardens.
Pavilion Kuala Lumpur mempunyai keluasan 130,000 m2 (1,400,000 sq ft ) dan menempatkan banyak outlet yang berjenama antarabangsa.
Kami akan singgah makan di Food Republic dan juga ke TANGS jika kami singgah ke Pavilion Kuala Lumpur.
Jika anda mengharapkan harga yang 'murah' di Pavilion, lebih baik anda lupakan sahaja. Bayaran parkir di sini juga agak mahal berbanding pusat membeli belah yang lain.
4. Sunway Pyramid
Sunway Pyramid adalah pusat membeli-belah yang terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya kira-kira 25 km dari pusat bandaraya Kuala Lumpur. Pusat membeli belah ini telah dibuka pada Julai 1997. Selepas 15 tahun yang hebat sejak ia mula-mula dibuka pada tahun 1997, Sunway Pyramid, pusat membeli-belah dan pusat hiburan pertama (Sunway Lagoon) yang bertemakan Malaysia telah mengalami transformasi yang hebat untuk menandakan sebuah destinasi membeli-belah baru yang menawarkan 4,000,000 sq ft ekstravaganza runcit. Bahagian utama dan lobi hadapan reka bentuk pusat membeli-belah adalah satu Piramid Mesir diilhamkan dengan seorang pengawal berdiri singa di pintu masuk.
Walaupun kedudukannya yang agak jauh dari pusat bandar Kuala Lumpur, tetapi ia menjadi pilihan ramai pengunjung tempatan dan luar negara kerana keunikkan dan saiz bangunannya yang memang luas. Ia menawarkan pelbagai pilihan dan mudah akses dari jalan utama.
Di Sunway Pyramid, kami selalu singgah untuk melihat pelawat bermain Ice Skating dan ia antara yang menarik jika ke sana.
Jika anda salah masuk untuk ke Sunway Pyramid, anda akan menghadapi masalah kesesakkan jalan yang teruk. Ruang parkir di sini juga agak susah dan pastikan anda datang awal.
5. 1 Utama Shopping Centre
Pusat membeli belah 1 Utama Shopping Centre terletak di Bandar Utama Damansara, sebuah bandar di utara di Petaling Jaya, Selangor dan juga bersebelahan dengan bandar Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Kawasan binaan kasar berjumlah 5,000,000 sq ft (465,000 m²). Ia adalah pusat membeli-belah yang terbesar di Malaysia dan kelima terbesar di dunia.
Mula dibuka disatu bahagian sahaja, kini 1 Utama mempunyai 2 wings yang memang besar dan menjadi pilihan ramai di Petaling Jaya. Kini semakin besar dengan penambahan demi penambahan ditambah dengan kemudahan hotel One World dan juga akan datang dengan kemudahan Stesen Monorail/LRT yang terletak bersebelahan dengan shopping mall ini.
Paling suka kalau ke 1 Utama Shopping Centre sebab ada banyak outlet yang best. Lokasi tidak jauh dari rumah dan ia juga satu pilihan one stop centre untuk beli barang dapur, shopping pakaian dan macam-macam lagi.
Kalau kami ke 1 Utama, selalu singgah makan di AEON Big Food Court di G Floor, wayang TGV dan juga singgah di ENEOS Centre.
Seperti lokasi shopping mall lain, ruang parkir memang terhad di sini, melainkan anda mempunyai kad One Club yang memberikan anda priority parkir diruang khas.
Ada banyak lagi shopping mall yang bagus di Kuala Lumpur dan Selangor, namun MrJocko cuma senaraikan 5 sahaja untuk pilihan utama. Ini kerana, lokasi pusat membeli belah ini menjadi pilihan ramai kerana kedudukkannya dan kepelbagaian jualan yang ada di dalam pusat membeli belah tersebut.
Ada antara shopping mall ini menjadi mercutanda dan juga simbol produk kemewahan untuk sesetangah pelancong atau pembeli. Ada pula shopping mall menjadi tempat sekeluarga santai dihujung minggu dan menghabiskan masa bersama keluarga atau kawan-kawan.
Jika anda, mana satu pilihan shopping mall yang paling anda suka dan menjadip pilihan lawatan setiap bulan???