Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Macamana Nak Ajar Anak Berpuasa?

$
0
0

Sudah memasuki hari ke-12 kita berpuasa di Malaysia dan Alhamdulillah dalam tempoh 12 hari ni Khalisha sudah 6 hari berpuasa penuh. Si adik, Hasya baru 4 hari, tu pun masa cuti hujung minggu jer. Bila dia sekolah, kat rumah bibik, katanya tak tahan bila tengok rakan-rakan lain makan.

Kalau cara MrJocko, masa kat rumah hujung minggu, antara cara nak pastikan anak-anak berpuasa dengan ajak dia sahur. Lepas cerita pasal orang yang susah dan tak ada makanan. Nampaknya my kids faham.

Bila siang, MrJocko bagi jer dia layan kartun atau movie kegemaran mereka. Tak pun, bagi jer dia main mainan kegemaran mereka supaya mereka leka. Petang lepas Zuhur, bagi diorang tido kejap. Pastu masa sebelum Asar kejut, siap semua mandi, boleh keluar untuk berbuka.

 




 

Masa nak berbuka, biasanya tanya dulu my kids nak makan apa. kalau semua dah setuju, kami pegi ke tempat yang diorang teringin nak makan. Tak pun MrJocko beli makanan kegemaran mereka di Pasar Ramadhan dan berbuka kat rumah.

Itu jer yang mampu MrJocko buat setakat ni. Mungkin berbeza dengan cara anda semua ajar anak-anak berpuasa.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468