Minggu ini MrJocko sempat menghadiri Majlis Pelancaran dan Pengenalan produk-produk dari jenama yang kini bernaung di bawah jenama Gibson Innovations termasuk produk Gibson, Philips, Fidelio, Go Gear, Teac, Onkyo dan banyak lagi. Sebenarnya, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa produk Gibson Innovations ini mempunyai range barangan produk 'sound' yang pelbagai dan melebihi 2500 jenis dari kualiti biasa sehingga kepada produk premium Professional.
Semasa 'presentation' dari wakil Gibson Innovations termasuk Mr Jason, Mr Andrew dan wakil dari Hong Kong, sememangnya kami teruja dengan kualiti dan penciptaan produk-produk bunyi dari Gibson Innovations ini dari rekaan headphones sehingga audio sistem seperti yang terbaru Philips Fidelio Soundbar B5.
MrJocko akan share tentang produk-produk Gibson Innovations dalam entry akan datang.
Rezeki petang itu, MrJocko menerima satu unit Headphones jenama Philips model SHB9150 yang bernilai sekitar RM449 yang mempunyai fungsi Bluetooth, NRC dan banyak lagi features menarik. Berbaloi sangat-sangat.
Ini kerana, MrJocko berjaya menjawab mudah soalan spontan yang diajukan kepada media dan tidak disangka MrJocko menerima hadiah tersebut.
Sebab itu MrJocko masih komited memenuhi undangan jemputan dari wakil syarikat atau PR yang mengajak Blogger seperti MrJocko untuk menghadiri majlis mereka. Kadang-kadang ia bukan event berbayar untuk blogger, tetapi ia memberi pulangan yang sangat menarik.
Untuk event Gibson Innovations Product Launch dan Product Introduction ini, MrJocko berjaya membawa pulang satu set headphones Philips SHB9150, beg Fidelio, Mini Note Book, Nice Pen dan USB Flash Drive. Berbaloi kan???