Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Baan Itsara Hua Hin Restaurant : Lunch Terbaik Untuk Menu Seafood

$
0
0




Semasa di Hua Hin, kami berkesempatan untuk makan tengahari di satu restoran yang paling terkenal di sini iaitu Baan Itsara Hua Hin, restoran makanan laut paling terkenal yang menyediakan menu makanan tengahari dan juga makan malam. Dalam banyak-banyak restoran seafood, Baan Itsara menjadi tumpuan ramai pelancong dan masyarakat tempatan untuk mencuba menu makanan yang sedap dan terbaik. Ia antara restoran eksklusif di Hua Hin, Thailand.

Sebaiknya, kalau nak ke sini samada makan tengahari, apatah lagi untuk makan malam, baik anda membuat tempahan awal bagi mengelakkan dari anda menunggu meja kosong. Lihat saja ketika kami singgah makan di sana, waktu makan tengahari, ramai yang beratur untuk mendapatkan meja makan mereka.













Ruang makan di restoran Baan Itsara Hua Hin ini memang besar. Kalau tidak silap, restoran ini boleh memuatkan hampir 300 pengunjung dalam satu masa dengan selesa. Samada anda boleh memilih ruang makan di sebelah tepi restoran, di dalam restoran atau di ruang belakang yang menghadap laut yang sangat tenang. 

Bangunan restoran ini sebenanrnya adalah bangunan kediaman lama yang kemudiannya diubahsuai menjadi restoran, tetapi ia masih mengekalkan banyak struktur asal bangunan lama ini. Ia menjadikan restoran Baan Itsara Hua Hin ini sangat unik dan berbeza dari restoran yang lain.

Untuk menu makanan di sini, mereka hanya menyediakan menu masakan makanan laut dan lebih menumpukan resipi kepada masakan Thailand. Kami seperti biasa, kalau di Thailand sudah pasti akan mencuba menu Siakap Masak Stim Limau, Udang Bakar, Ketam dan tidak lupa mesti cuba Pulut Mangga Thailand.




Baan-Itsara-Hua-Hin-Restaurant
Ikan Siakap Stim Limau Thailand

Pulut Mangga Thailand

Baan-Itsara-Hua-Hin-Restaurant
Udang Bakar Berkeju Thailand

Nasi Goreng Ketam Thailand

Baan-Itsara-Hua-Hin-Restaurant



Baan-Itsara-Hua-Hin-Restaurant




Yang pasti, rasa masakan kat sini memang sangat sedap, lebih-lebih lagi Nasi Goreng Ketam Special yang dimasak dan ditambah dengan isi udang. Pergh!!! Kalau dah ada Ketam dan juga Udang dalam nasi goreng, kena pulak digoreng dengan hampir kering, memang menjadi kegemaran MrJocko.

Restoran Baan Itsara Hua Hin ini memulakan operasinya seawal jam 11.00 pagi dan menutup operasinya untuk order terakhir pada jam 10.00 malam. Biasanya ramai lagi pelanggan akan duduk minum di sini sehingga lewat malam sebelum ia tutup sekitar jam 12.00 tengah malam.

Secara peribadi, melihat keadaan restoran Baan Itsara Hua Hin ini, MrJocko boleh simpulkan ini adalah sememangnya restoran yang paling hebat dan paling disukai oleh ramai pelanggan di Hua Hin. Walaupun waktu makan tengahari, ramai yang sanggup beratur panjang untuk makan di sini, begini juga pada waktu malam.

Antara resipi kejayaan mereka, katanya menu masakan yang special, pelbagai menu masakan makanan laut dari ikan, ketam, udang, lobster, kerang, mussel dan banyak lagi, harga yang berpatutan, servis yang cepat dan juga lokasi restoran yang memang terbaik menghadap angin bayu laut.

Jika anda ke Hua Hin, apa kata cuba pengalaman makan makanan laut yang sedap di sini, Restoran Baan Itsara Hua Hin di alamat :

Baan Itsara restaurant Hua-Hin
Address : 7 Nahb Kaehat Rd. Hua Hin PrachaubKirikhan 77110
Contact number 032-511673, 032-530574
E-mail : baanitsara_huahin@hotmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468