Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

For Art's Sake 4D Gallery Hua Hin Thailand

$
0
0
For Art's Sake 4D Gallery Museum adalah satu tarikan terbaru di sini dan semakin mendapat tempat di kalangan pelancong di sekitar Hua Hin, Prachuap Khiri Khan. 

For Art's Sake 4D Muzium Seni ini terletak berdekatan Hospital Hua Hin dan di tepi jalan besar. Pelawat yang berkunjung ke sini pasti akan kagum dengan galeri seni 4-D dan lakaran lukisan patung-patung yang dibuat oleh artis yang kesemuanya berasal dari Thai. 

For Art's Sake 4D ini terbahagi kepada 5 zon yang berbeza iaitu Zon Fantasi, Zon Kembali Ke Zaman Kanak-kanak, Zon Seram, Zon Seni Patung Tanpa Kepala dan Zon Bilik Boleh Balik. Bagi pencinta seni khususnya, anda boleh menghabiskan masa untuk berimaginasi di sini bersama dengan keluarga tercinta atau rakan-rakan anda.

Untuk informasi anda, semua hasil seni di dalam muzium ini adalah hasil lukisan tangan dan seni warna dan tidak melibatkan sebarang printed material.









For-Art's-Sake-4D-Gallery-Hua Hin

For-Art's-Sake-4D-Gallery-Hua Hin

For-Art's-Sake-4D-Gallery-Hua Hin



For-Art's-Sake-4D-Gallery-Hua Hin






MrJocko sendiri leka bila berada di dalam galeri 4D For Art's Sake Hua Hin ini. Mana tidaknya, semua lukisan memang menarik dan kalau boleh nak cuba bergambar dengan semua lukisan yang ada di sini. Semua memang menarik. Paling MrJocko suka, lukisan terakhir ni, ada love love love :)

Harga tiket masuk ke For Art's Sake 4D Hua Hin ini ialah Baht300 untuk dewasa dan Baht200 untuk kanak-kanak bawah umur 12 tahun. 

Ini antara lokasi Unseen Thailand yang belum diketahui ramai dan lokasi wajib lawat jika anda berkunjung ke Prachuap Khiri Khan, khususnya di pantai Hua Hin. Oleh sebab itu, jika sudah sampai di sana, jangan teragak-agak untuk menempah tiket anda untuk memenuhi penginapan anda di Hua Hin sekarang!

Anda boleh ke sini, For Art's Sake 4D Gallery Museum di alamat :  
Thanon Phetkasem, Hua Hin, Hua Hin District, 
Prachuap Khiri Khan 77110, Thailand 
Phone:+66 32 520 699

Muzium Galeri For Art's Sake di Hua Hin ini dibuka dari jam 10.00 pagi sehingga jam 8.00 malam setiap hari. Ada banyak yang menarik, percaya lah, anda akan teruja di For Art's Sake Hua Hin.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468