Ao Manao Beach boleh dikatakan pantai yang terbaik di Umphur, salam satu daerah di Prachuap. Ia sebenarnya sebuah teluk dan kbanyakan teluk ini melengkung mempunyai pantai yang landai dan diselangi oleh gunung batu kapur.
Mungkin sebab itu, lokasi Pantai Ao Manao ini semakin menjadi tumpuan ramai pengunjung untuk bercuti di sini kerana kedudukannya yang menarik, pantai yang cantik putih dan masih bersih serta kos penginapan dan makan yang masih lagi murah berbanding Phuket, Krabi atau Bangkok.
Ao Manao ini berada berdekatan dengan pengkalan Tentera Udara Diraja Thai Wing 53. Oleh sebab itu, ramai yang berpendapat, lokasi percutian di Khiri Khan ini antara lokasi paling selamat di Thailand kerana ia adalah sebahagian dari kawasan tentera.
Di kawasan ini memang banyak bajet hotel dan resort yang berpatutan. Anda boleh mendapatkan bilik untuk penginapan serendah Baht 500 semalam untuk bilik yang biasa. Makan pula memang tidak menjadi masalah kerana di sini banyak cafe, restoran dan juga street food untuk anda cuba. Oleh kerana ia berada di tepi pantai, menu makanan laut adalah menu utama.
Sepanjang pantai Ao Manao ini ada banyak di sediakan bangku atau meja untuk di sewa, hanya Baht 10 sahaja untuk digunakan seharian. Anda boleh bersantai di sini sambil menikmati bayu angin pantai di Ao Manao Beach.
MrJocko cadangkan, kalau anda nak ke Ao Manao Beach, singgah di sini selama 2 hari, cukup untuk menikmati pantai, makanan laut serta pusing bandar dan sekitar Ao Manao ini untuk pengalaman cuti anda bersama keluarga.
Tidak seperti di Phuket, Krabi, Pattaya dan lokasi percutian lain di Thailand, di Khiri Khan ini tidak banyak night life dan ia memang sesuai untuk percutian bersama keluarga.