Hari kedua MrJocko sampai di Hua Hin, kami meneruskan perjalanan menuju ke Taman Negara yang dikenali sebagai Khao Sam Roi Yot National Park Thailand. Dari bandar pelancongan Hua Hin, kami menuju ke sana mengambil masa selama 45 minit menggunakan lebuhraya utama dan separuh kemudian menggunakan laluan jalan raya negeri.
Phraya Nakhon Cave ini terletak ditepi bukit berpantai dan memang mempunyai pemandangan yang indah. Untuk mengalami sendiri pengalaman menjejakkan kaki ke gua ini, anda boleh mengambil jalan mendaki dari kaki bukit yang jaraknya sekitar 1km atau mengambil jalan 'short cut' dengan menaiki sampan dan menuju ke tempat mendaki yang hanya jarak 430 meter sahaja.
Oleh kerana kami tidak punya masa yang panjang, kami mengambil sampan selama 5 minit menuju ke jalan 'short cut' dan kemudian mendaki jarak 430 meter sehingga menemui Phraya Nakhon Cave.
Keindahan Gua Phraya Nakhon, Thailand (Phraya Nakhon Cave) adalah salah satu mercu tanda paling mistik dan misteri di Thailand, tetapi hanya beberapa orang pelancong sahaja yang berpeluang untuk mengambil gambar yang indah seperti ini.
Sebabnya, ramai yang akan mula rasa penat dan tidak larat untuk sampai ke atas kerana kedudukkannya. Tetapi, bila anda sudah sampai ke tujuan, Phraya Nakhon Cave, segala penat lelah dan keletihan akan terus hilang apabila anda berjaya melihat pemandangan yang sangat indah di dalam gua tersembunyi ini.
Info Ringkas di Wikipedia
Phraya Nakhon Cave ini terletak di Khao Sam Roi Yot National Park di wilayah Prachuap Khiri Khan, 45 minit memandu selatan Hua Hin. Langkah pertama untuk sampai ke gua ini adalah untuk memandu ke kampung kecil Bang Pu terletak di tepi pantai.
Dari sana anda boleh membuat keputusan jika anda lebih suka menyewa bot untuk membawa anda di sekitar tanjung ke pantai Laem Sala, atau berjalan kaki yang berjalan 30 minit di atas bukit yang menghala ke pantai Laem Sala yang sama. Tambang untuk bot berharga Baht 150 hingga Baht 200 setiap orang. Dari Laem Sala, anda perlu memanjat 430 meter untuk sampai ke Phraya Nakhon Cave.
Pendakian menaiki bukit untuk ke Phraya Nakhon Cave tidak la terlalu susah keran ia mempunyai trek laluan yang mudah tetapi berbatu. Ambil masa anda dan lakukan sebaik mungkin untuk sampai ke puncak dan pintu gua Phraya Nakhon.
Tips untuk dapatkan gambar terbaik sewaktu di Phraya Nakhon Cave ialah anda mesti tiba di dalam gua tersebut, ruangan Pavilion sebelum jam 11.00 pagi untuk mendapatkan cahaya yang cantik, menyinari Pavilion yang berwarna Emas dan Hijau di dalam gua ini.
Terima kasih kepada Tourism Authority of Thailand atas peluang menjejakkan kaki ke wilayah Prachuap Khiri Khan, Thailand.