Selama ini MrJocko memang selalu membaca review di Tripadvisor jika nak travel ke mana-mana. Tak kira di Malaysia atau luar negara, banyak komen dan info di Tripadvisor banyak membantu sedikit sebanyak perancangan kami sekeluarga untuk travel. Sebab itulah laman web Tripadvisor ini antara laman web popular untuk semua pengembara.
Di sebabkan MrJocko juga ada menulis banyak artikel tentang travel, walaupun dalam bahasa Melayu, ia mungkin akan menjadi rujukan kepada orang lain yang ingin tahu lebih lanjut tentang lokasi tarikan, hotel atau aktiviti di tempat percutian seluruh dunia. Apa salahnya kalau berkongsi sedikit info dengan pembaca Tripadvisor.
Setakat ini, sumbangan review MrJocko menerima pembaca yang agak menggalakkan. Terima kasih atas peluang ini Tripadvisor dan terima kasih juga pada pembaca :)