Pakej Murah ke Bandung memang menjadi carian utama di laman web bagi mereka yang merancang untuk bercuti di Bandung. MrJocko sendiri berpeluang melancong ke Bandung beberapa kali dan memang ia destinasi pilihan ramai rakyat Malaysia untuk berlibur, shopping dan juga melawat tempat menarik di Indonesia.
Pakej Murah ke Bandung memang popular kerana di Bandung, ada banyak yang menarik, barang murah serta pemandangan yang menarik untuk dikunjungi.
Banyak entry yang saya kongsi tentang pakej percutian murah ke Bandung. Ada info pasal travel, hotel dan juga tempat shopping menarik di Bandung. Anda boleh baca entry lepas di sini :
Untuk anda yang mencari pakej murah ke Bandung, ini antara harga pakej percutian yang amat murah jika ke Bandung. Dengan harga pakej serendah RM175/pax untuk pakej 3 hari 2 malam dan harga pakej semurah RM285/pas untuk pakej 4 hari 3 malam di bandung.
Jika melihat kepada itinerary yang disediakan, dari hari pertama melawat lokasi menarik, shopping di Rumah Mode, Factory Outlet dan juga lawatan ke Tangkuban Perahu, Ciater Spring Kolam Air Panas, ia memang pakej yang sangat murah dan berpatutan.
Pakej murah ke Bandung RM175/pax untuk 3 hari 2 malam atau RM285/pax untuk 4 hari 3 malam ini termasuk pakej penginapan, pengangkutan selama 3 hari, sarapan pagi di hotel, upah driver, petrol, parking dan tol. Harga pakej-pakej murah di Bandung ini tidak termasuk harga tiket kapal terbang pergi dan balik, tiket lawatan atau pass masuk serta makan tengahari dan makan malam.
Secara peribadi, dengan pengalaman beberapa kali ke Bandung, pakej murah ke Bandung yang ditawarkan ini memang sangat murah dan sangat berbaloi. Anda cuma perlu daftar dan tempah pakej ini lebih awal dan pastikan anda tempah untuk minima 6 orang untuk dapatkan harga pakej murah dan terbaik di Bandung ini.
Kalau anda belum pernah ke Bandung, apa kata rancang percutian dan shopping di Bandung. Memang best. Pastikan anda survey terlebih dahulu dan dapatkan pakej percutian murah ke Bandung untuk lebih jimat.