Nivea Malaysia hari ini memperkenal dan melancarkan produk pemutih mereka yang pertama dalam 6 jenis variasi yang berbeza, sesuai untuk jenis kulit masyarakat Malaysia tidak kira umur, jantina atau gaya hidup.
Pelancaran Produk Nivea Whitening Fluant It Fair And Firm ini disempurnakan di Balck Box DPAC Damansara Perdana oleh Mr Jaren Ong, Senior Brand Manager, Beiersdorf Malaysia.
Produk pemutihan dan penjagaan badan dari Nivea ini adalah yang pertama kali seumpamanya dalam jaringan produk Nivea dan kini datang dalam variasi Extra White Firming Body Serum & Lotion, Instant White Firming Body Serum & Lotion, Anti-Age White Firming Body Serum dan Night White Firming Body Serum. Anda boleh dapatkan produk-produk Nivea Whitening Fluant It Fair And Firm ini di outlet kedai kecantikan atau farmasi berdekatan.
Nivea sememangnya kini berbangga dengan pelancaran produk Nivea Whitening & Firming Body Serum and Lotion yang mana di dalam produk terbaru Nivea ini mempunyai ekstrak Vitamin C dan juga Q10 Plus yang membantu untuk menjaga, merawat dan melindungi kulit anda dari kerosakkan. Q10 Plus ini membantu untuk Anti-Kedut, Anti-Oksida membantu sel kulit untuk bertenaga.
Sekiranya anda seseorang yang selalu aktif dalam aktiviti luar dan selalu menggunakan Losen UV, Sun Block dan sebagainya, apa kata cuba produk terbaru Nivea Whitening & Firming Body Serum and Lotion ini untuk melindungi dan menjaga kulit anda.