Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Buffet Ramadhan Di On The Table Restaurant Memang TERBAIK Dan UNIK

$
0
0
Pertama kali untuk bulan Ramadhan tahun ini MrJocko berbuka ala Buffet di Restoran On The Table, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Lokasi restoran ini sebenarnya bersebelahan jalan besar sahaja dan boleh di lihat dari jalan besar, dekat dengan Masjid Wilayah.

Promosi Buffet Ramadhan di Restoran On The Table ini cuma RM39.90 untuk Dewasa dan RM24.90 untuk kanak-kanak 6 tahun - 12 tahun. Promosi lain termasuk jika anda beli pakej untuk 10 orang, anda dibenarkan membawa seorang lagi dengan PERCUMA. Dengan kata lain, setiap bayaran untuk 10 pax, anda akan menerima satu Pax PERCUMA.





Secara jujur, MrJocko pertama kali singgah di restoran On The Table ini, walaupun ia cuma 1km sahaja dari rumah. Dekat jer pun. Dekorasi dan ruang makan memang nampak selesa dan ada stail tersendiri. Ruang makan untuk 2 orang, 4 orang dan untuk berkumpulan, semunya ada di dalam restoran On The Table ini, tak perlu risau.




Untuk Buffet Ramadhan kali ini, pihak On The Table menyajikan lebih 20 Menu Utama kepada pelanggan yang berbuka Buffet Ramadhan di sini. Antara menu yang menjadi tumpuan termasuklah rendang ayam, daging masak kicap yang sedap, sotong, udang, gulai lala, kerabu, ulaman, buah-buahan, kuih muih dan macam-macam lagi. Paling teruja dan unik Ikan Asam Pedas Pak Zul yang menjadi pilihan terbaik setakat ini kerana menu ikan asam pedas ini di masak secara LIVE di depan anda. Dah la ikan itu fresh, kemudian di masak untuk anda di sana, memang terbaik la Pak Zul.





Ini lah Ikan Asam Pedas Pak Zul yang TERBAEKKK,,,



Selain dari menu-menu utama, di On The Table juga ada dihidangkan dessert seperti Air Batu Campur dan juga Muffin Bersama Aiskrim yang sangat sedap. Memang pelengkap setelah kami kekenyangan dengan Ikan Asam Pedas dan lauk pauk lain yang sedap.

Untuk pilihan makanan yang mempunyai kualiti tetapi konsep yang masih tradisional, MrJocko memang mengesyorkan anda cuba Restoran On The Table. Rasa tradisional dan ke'kampung'an itu masih ada dalam menu masakan di On The Table. Cuba dulu kemudian anda nilai sendiri. Nampaknya owner restoran, Datin Sri Dr. Suriana Hanur Harith ini memang masih mengekalkan keaslian rasa dalam setiap menu masakan mereka di On The Table. Syabas buat Executive Chef iaitu Chef Elenna.





Bagi yang mempunyai smartphone Android, anda boleh cuba download Aplikasi On The Table di smartphone anda dan dapatkan maklumat lanjut. Atau boleh terus buat tempahan di alamat :

On The Table Restaurant A4-UG1-08 ,
Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone - 03 62079966

Facebook - https://www.facebook.com/onthetablerestaurant
Website - www.onthetable.com.my





Untuk review Buffet Ramadhan di On The Table boleh jenguk blog :

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468