Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Maru Koala & Animal Park Phillip Island : Ibarat Zoo Kecil Australia

$
0
0
Maru Koala & Animal Park yang terkenal di Phillip Island adalah lokasi terakhir kami ketika di sana. Ia terletak hanya di tepi jalan besar antara lebuh raya Melbourne - Phillip Island. Mulanya, dari luar nampak seakan taman kecil dan sederhana besar sahaja, tetapi bila kami masuk ke dalam, ia memberikan MrJocko satu persepsi yang baru tentang 'animal park' ini.

Maru Koala & Animal Park adalah taman haiwan yang telah memenangi pelbagai anugerah di Australia yang terletak di lebuh raya Grantville selatan Victoria, hanya 15 minit dari Phillip Island dan Penguin Parade.

Harga tiket masuk ke Maru Koala & Animal Park ialah Dewasa AUD20 dan Kanak-kanak AUD11. Namun pihak Maru menyediakan pakej istimewa kepada keluarga hanya AUD54 untuk 2 Dewasa + 2 Kanak-kanak.











Di Maru Koala & Animal Park anda boleh memegang koala, memberi makan kanggaru albino, berjalan dengan dingoes, bercakap dengan burung kakak tua, mememeluk possum dan melilit  ular sawa sepanjang lawatan anda di dalam Maru Koala & Animal Park.  Ini semua boleh anda dilakukan di Maru Koala & Animal Park di mana anda boleh benar-benar 'berhubung dengan hidupan liar'.

Selain itu, pihak Maru Koala & Animal Park juga menyediakan 2 sesi pertunjukkan menggunting bulu biri-biri di sini. Semasa pertunjukkan ini anda akan diberi maklumat dan demonstrasi memotong dan menggunting bulu biri-biri sebagai pengalaman yang tak mungkin anda lupakan di Maru Koala & Animal Park.











Pernah tengok WOMBAT???













Nampak sahaja kecil, tetapi di dalam Maru Koala & Animal Park ini memang luas dan punyai pelbagai haiwan yang boleh anda lihat dan dekati tidak seperti zoo lain. Boleh dikatakan, hampir semua haiwan di Maru Koala & Animal Park ini agak jinak dan boleh anda sentuh dan bermain-main. MrJocko bayangkan, kalau bawa anak-anak ke sini, sudah pasti mereka akan teruja dan sangat gembira bermail dengan Koala, Possum, Burung Unta, Kanggaru, Wallabies, Wombat dan banyak lagi. 

Seperkara yang MrJocko respek bila di Maru Koala & Animal Park ini ialah kerana pihak pengurusan dan tuan punya taman haiwan ini menyediakan ruang solat yang agak besar dan selesa khas buat pengunjung Muslim yang berkunjung ke sini. 


Restoran di dalam Maru Koala & Animal Park diberi nama Homestead Bistro. Di restoran ini, mereka menyediakan menu Muslim Friendly dan Halal tetapi anda diminta untuk membuat tempahan lebih awal untuk memudahkan mereka menyediakan menu tersebut. Jadi untuk kita pelawat MUSLIM, tidak perlu risau kerana di sini mereka memang boleh menyediakan menu makanan halal.




Maru Koala & Animal Park

Maru Koala & Animal Park



Secara peribadi, taman haiwan Maru Koala & Animal Park ini adalah taman haiwan persendirian yang terbaik pernah MrJocko lawati. Keluarga Heffer, sebagai tuan punya taman haiwan ini memang memberikan yan terbaik untuk tetamu mereka dan sentiasa memberikan servis terbaik.

Tidak hairan lah, jika di sekitar Victoria, Maru Koala & Animal Park ini adalah lokasi paling menarik tumpuan pelancong setiap hari dan ia semakin meningkat dari tahun ke tahun. 

Sudah pasti, jangan lupa singgah di Maru Koala & Animal Park jika anda berkunjung ke Melbourne dan juga Phillip Island. Ia satu lokasi percutian keluarga yang menarik dan anda akan terasa berada di seluruh Australia bila anda mengunjungi Maru Koala & Animal Park ini.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468