Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Nasi Berlauk Kak Wok Yang Sedap

$
0
0

Kalau anda peminat menu masa kan orang Kelantan, anda mesti cuba menu nasi berlauk Kak Wok Kelantan yang semakin terkenal. Nasi Berlauk ala Kelantan ini memang simple sahaja tetapi berbeza dengan menu yang anda biasa makan.

Apa yang MrJocko ingat, Kedai Nasi Berlauk Kak Wok yang mula-mula dibuka sekitar KL dan Selangor ada di TTDI Jaya Shah Alam. Selepas tu ada dengar di depan Maju Junction, dan selepas itu di Jalan Duta.

Tetapi kedai Nasi Berlauk Kak Wok yang sebenar MrJocko tak pasti sebab ramai yang claim kata mereka jual Nasi Berlauk Kak Wok, sedangkan mereka jual menu hampir sama dengan Nasi Berlauk Kak Wok.

MrJocko sendiri tak pernah rasa menu Nasi Berlauk Kak Wok di Kuala Lumpur. Tetapi pernah beberapa kali makan Nasi Berlauk Kak Wok (katanya) di Gerai Penjaja Jalan Duta.

Rasa nasi berlauk kat sini memang sedap dan ada kelainan.

Bagi yang bertanya apakah menu Nasi Berlauk Kelantan, biasanya ia adalah Nasi, Ayam Goreng, Ayam Gulai dan Sambil Cili Cair, itu sahaja. Yang menjadikannya sedap adalah kombinasi Ayam Goreng dan Kuah Ayam Gulai tersebut serta tambahan Sambal Cili cair.

Menu nasi berlauk ni menu sarapan biasa orang Kelantan dulu-dulu kerana mereka kerja berat seperti berkebun, pesawah dan juga buruh kasar. Tenaga yang kuat diperlukan untuk kerja.

Teringin juga nak pergi ke Kedai Nasi Berlauk Kak Wok original di TTDI Jaya Shah Alam untuk rasa sendiri nasi berlauk yang sedap ini.

Anda dah pernah cuba Nasi Berlauk Kak Wok?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468