Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Apa Kami Buat Cuti Umum Hari Wilayah 2015

$
0
0
Hari cuti adalah hari berkualiti kami bersama keluarga. Biasanya itu lah yang selalu MrJocko amalkan dalam cara hidup sekarang, sebab waktu hari kerja selalunya fokus kepada kerja-kerja seharian. Jadi, weekend, hari Sabtu dan Ahad atau hari cuti umum adalah waktu cuti berharga untuk bersama anak-anak.

Seperti hari ini, 2 Februari 2015 adalah Cuti Umum bagi mereka yang kerja di Kuala Lumpur. Hari ni adalah hari ganti hari Cuti Wilayah semalam, 1 Februari 2015. Tapi bagi mereka yang kerja di Selangor, mereka kerja dan pejabat dibuka seperti biasa.

Sebab itu, MrJocko ambil kesempatan untuk bawa anak-anak jalan-jalan sambil menyelesaikan beberapa urusan bank yang penting. Boleh jimat masa kerana boleh selesaikan sedikit kerja rasmi dan selepas itu boleh habiskan masa berkualiti dengan anak-anak.






Kali ini MrJocko memilih untuk ke One Utama kerana di situ berdekatan dengan kaunter bank dan juga ada pilihan banyak shopping complex dan juga untuk membeli barang-barang dapur. Lagipun kalau ke One Utama awal sikit, InsyaAllah senang jer nak cari lokasi parking dan tidak mahal berbanding shopping complex KLCC, Midvalley atau Berjaya Times Square.

Sementara menunggu wife shopping, boleh layan my kids main-main di Fantasy Land, LG One Utama Old Wing. Kat sini antara lokasi permainan kanak-kanak paling murah yang MrJocko tahu. RM5 untuk satu entry Kanak-kanak untuk 30 minit.




cuti_hari_wilayah_01

baby_comel



Yang penting, semua happy. Wife happy dapat shopping barang-barang, anak-anak happy sebab dapat main dengan puas dan MrJocko happy sebab dapat spend masa sementara tidak travel bersama keluarga... :)

Bagaimana pula dengan cuti Hari Wilayah 2015 anda???


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468