Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Pelayaran Ustaz Kazim Elias 2.0 : Day 1

$
0
0
Pelayaran Ustaz Kazim Elias (Pelayaran UKE 2.0) sesi kedua yang berlangsung pada 25 - 28 Jan 2015 ialah salah satu pelayaran yang paling unik pernah MrJocko sertai sepanjang menyertai Media FAM Trip dan juga trip kembara samada di Malaysia atau di luar negara. Ada sesuatu yang sangat menarik di dalam Pelayaran UKE 2.0

Perjalanan MrJocko bermula dari KL Sentral menuju ke Port Swettenham, Pulau Pinang seawal jam 8.00 pagi dan sampai di sana sekitar jam 1.30 petang. Sesudah urusan pendaftaran dan urusan Imigresen, kami menuju ke pintu masuk utama Super Star Cruise Libra yang terletak di Deck 4. Pelayaran kali ini disertai lebih kurang 1,100 peserta yang datang dari Brunei, Singapura dan seluruh Malaysia.





Kembara_UKE_Pelayaran_Islamik



Walaupun dalam pelayaran ini rata-rata adalah golongan Warga Emas, namun urusan pendaftaran dan urusan kemasukkan ke Super Star Cruise sangat lancar hasil pengurusan yang cekap pihak penganjur utama Intra Tama Travel Sdn Bhd.

Sekitar jam 3.00 petang kami telah berjaya ke kabin Cruise dan kemudiannya ke Deck 5 Stardust Lounge untuk mendengar taklimat khusus sepanjang Kembara UKE ini serta sesi Safety Drill yang diuruskan oleh pihak Super Star Cruise. Teruja melihat Makcik dan Pakcik sangat komited dan sporting untuk sama-sama sertai sesi Safety Drill di dalam Star Cruise Libra.




Taklimat Kembara_UKE_Pelayaran_Islamik

Kembara_UKE_Pelayaran_Islamik

Kembara_UKE_Pelayaran_Islamik



Kami kemudiannya kembali ke kabin untuk urusan sendiri dan kemudian sekitar jam 5.00 petang naik kembali ke Deck 9 untuk makan malam yang dibuka sejak awal sehingga jam 9.00 malam khas untuk peserta Pelayaran UKE 2.0 ini. Rata-rata peserta memang teruja dengan menu halal yang disediakan oleh pihak Star Cruise. Untuk info, sepanjang perjalanan dan Kembara UKE atau Pelayaran UKE 2.0 ini adalah HALAL dan mendapat pengiktirafan dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan menu-menu ini diketuai oleh tukang masak Chef Shaiful bersama 80 Chef pembantu.

Secara peribadi, hampir kesemua menu di sini memang sedap. MrJocko sendiri sempat mencuba hampir kesemua menu dari menu starter, main dish dan juga pencuci mulut. Tengok sendiri menu yang disediakan, memang meriah dan sangat pelbagai.





Kembara_UKE_Pelayaran_Islamik

dinner_Kembara_UKE_Pelayaran_Islamik





dinner_Kembara_UKE_Pelayaran_Islamik

Kembara_UKE_Pelayaran_Islamik



Memasuki jam 7.00 malam, kami semua sudah bersedia di Deck 6, kawasan solat sementara untuk aktiviti Jamak Solat Maghrib dan Isya' secara berjemaah. Penuh deck dan melimpah sehingga ke kaki lima dan juga Deck 7. Kuliah Maghrib dihari pertama disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias dan abangnya Dato Kapten Ustaz Najmuddin Elias yang membawakan tajuk 'Pelayaran Islamik'.

Antara pengisian : 
1. Umat Islam sangat di sarankan agar mengembara ke serata dunia jika mampu untuk melihat sendiri kebesaran Allah.
2. Mereka yang selalu kembara mempunyai hati yang lembut
3. Ilmu yang didapati dari kembara satu yang tidak boleh dibeli dari mana-mana
4. Kembara mendekatkan kita kepada Yang Maha Pencipta
5. Pelayaran Islamik mempunyai maksud yang subjektf dan selagi pengisiannya berteraskan AsSunnah dan AlQuran, pahala adalah ganjarannya




solat_Kembara_UKE_Pelayaran_Islamik

solat_Kembara_UKE_Pelayaran_Islamik


ustaz_kazim_Kembara_UKE_Pelayaran_Islamik


Kembara_UKE_Pelayaran_Islamik



Selesainya majlis ilmu Kuliah Maghrib hari pertama dan semua peserta memang teruja dan tak sabar untuk Qiyamullail pada hari esok. Sebelum pulang ke kabin, kami sempat singgah untuk mengisi perut di Deck 9. Jika anda nak cuba menu lain, boleh cuba menu nasi lemak dan Teh Tarik yang disediakan di kaunter jualan Star Cruise Libra dengan harga sekitar RM3 - RM4 sahaja.

Untuk pengalaman hari pertama Pelayaran UKE 2.0 ini, MrJocko memang teruja. Pertama kali Solat Jemaah di atas kapal mewah sebesar ini disertai hampir 1,000 orang. Semoga pengalaman Qiyamullail esok akan semakin memberi kesan.

Pada hari pertama 25 Januari 2015, Cruise ini menuju Langkawi dan akan berhenti untuk sehari sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Phuket, Thailand.

#PelayaranUKE #PelayaranIslamik #IntraTamaTravel


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468