Lelaki moden kini semakin obses terhadap kebersihan dan ketrampilan yang menarik untuk sentiasa kelihatan segak dan tampan walau di mana sahaja. Oleh sebab itu, penyelesaian masalah bau badan adalah salah satu masalah utama lelaki kerana tidak ramai yan tahu cara mudah untuk tampil dengan lebih yakin tanpa bau peluh.
Cuaca panas serta gaya hidup aktif membuatkan lelaki mudah berpeluh. Itulah lelaki. Peluh menyebabkan bahagian bawah lengan dan beberapa bahagian lain melekit dan mengundang ketikdakselesaan dan menjurus kepada pengumpulan bakteria. Ini akan menjadi punca kepada bau badan. Kini, dengan produk terbaru dari Nivea Men, anda tidak perlu risau dengan masalah bau badan.
NIVEA memahami bahawa peluh, bakteria dan bau badan adalah masalah normal yang dihadapi lelaki sehinggakan ia memberi kesan terhadap keyakinan diri. Namun kini, menerusi NIVEA MEN Cool Kick, golongan lelaki akan memperoleh perlindungan ganda tiga daripada peluh, bakteria dan bau badan. Inovasi mengagumkan ini mengandungi formula Cool-Care yang memberikan kedinginan maksimum dan kesegaran berpanjangan kepada bahagian bawah lengan bagi mengelakkan rasa melekit walaupun pada cuaca panas.
NIVEA turut melaksanakan Cool Kick – Triple Shield Campaign, kempen yang direka sebagai satu bentuk cabaran kepada golongan lelaki sama ada dalam bentuk digital atau di medan pertempuran sebenar (ground battle). Para pengguna boleh menyertai cabaran ini secara digital menerusi permainan dalam talian Triple Shield yang boleh diakses di laman Facebook NIVEA MEN MALAYSIA www.apps.facebook.com/tripleshield/ di mana hadiah bernilai RM80,000 kini sedia untuk dimenangi. Peraduan ini berlangsung bermula Januari sehingga April 2015.
Selain kempen digital, cabaran di medan pertempuran sebenar juga dijadualkan berlangsung pada 11 dan 12 April 2015 di Blue Concourse, Sunway Pyramid melibatkan 64 pasukan daripada kolej-kolej seluruh Malaysia. Mereka akan bersaing selama dua hari bagi merebut hadiah bernilai RM50,000.
Idea terhadap pelaksanaan Triple Shield Game ini tidak hanya bertujuan memberi keseronokan, malah ia turut menekankan kepada tiga masalah biasa yang sering dihadapi lelaki sehinggakan mempengaruhi tahap keyakinan mereka dalam kehidupan seharian. Permainan yang diinspirasikan daripada sukan dodgeball itu memerlukan pasukan yang dianggotai tiga ahli untuk mempertahankan diri daripada serangan tiga jenis biji bola yang dilontarkan pasukan lawan. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mampu mempertahankan diri paling lama daripada tiga ancaman menggunakan perisai (triple shield) yang disediakan akan memenangi perlawanan dan layak untuk ke peringkat seterusnya.
Pada majlis perasmian bersama media yang diadakan pada 8 Januari 2015 di Zebra Square, Kuala Lumpur, Pengurus Serantau melancarkan acara tersebut menggunakan perisai sebagai pertahanan daripada tiga sinaran laser yang menjadi simbol kepada peluh, bakteria dan bau badan. Sepasukan ahli sorak profesional kemudiannya mempersembahkan 3 rutin dinamik bagi memperkenalkan tiga selebriti sebagai wajah kempen ini. Mereka terdiri daripada pakar kecergasan; Kevin Zahri, pelakon; Zul Ariffin dan Nazim Othman. Ketiga-tiganya turut berkongsi pandangan peribadi masing-masing selepas menggunakan deodoran Nivea MEN Cool Kick.
Tiga selebriti ini juga diuji dalam Triple Shield Challenge. Para hadirin dan jemputan media juga berpeluang menyertai Triple Shield Challenge dan permainan digital di mana para pemenang kemudiannya diberikan hadiah-hadiah eksklusif daripada NIVEA.
“Di NIVEA, kami pastikan bahawa keyakinan turut disertakan dalam setiap satu produk kami. Disebabkan itu, setiap tahun kami membelanjakan jutaan ringgit dalam pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi produk. Saya percaya ia memberikan hasil memberangsangkan dan ia dapat dilihat menerusi prestasi pasaran barisan deodoran NIVEA yang berkembang 13x lebih pantas berbanding pertumbuhan pasaran. Malah NIVEA kini adalah jenama deodoran Nombor 1 di dalam pasaran,” ujar Ng Hock Guan, Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia dan Singapura pada majlis perasmian di Kuala Lumpur hari ini.
NIVEA MEN Cool Kick memberikan perlindungan ganda tiga terhadap peluh, bakteria dan bau badan. Formula Cool-Care memberikan kedinginan maksimum dan perasaan selesa bagi mencegah pengumpulan peluh yang kemudiannya bereaksi dengan bakteria dan seterusnya menyebabkan bau badan.
NIVEA MEN Cool Kick boleh didapati dalam botol roll-on 25ml pada harga RM4.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak), botol roll-on 50ml pada harga RM9.80 (Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak), stick 40 ml pada harga RM11.90 dan semburan (spray) 150ml pada harga RM15.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak).
NIVEA MEN Cool Kick kini boleh diperoleh di semua farmasi, pasar raya besar dan pasar raya utama di seluruh negara. Untuk keterangan lanjut tentang NIVEA MEN Cool Kick, layari www.NIVEAMEN.com.my dan laman rasmi Facebook, www.facebook.com/myniveamen
MrJocko sendiri sudah mencuba beberapa produk dari Nivea Men, ia memang terbaik!!! :)