Peluang untuk bercuti ke Melbourne, Australia sememangnya trip yang MrJocko tunggu. Pakej Media Trip ini memang terbaik, lebih-lebih lagi peluang menaiki Business Class Emirates Airline dari KLIA menuju Melbourne. Sememangnya, jika anda menaiki pakej Business Class atau First Class, secara automatik anda layak untuk guna fasiliti Bussines Lounge syarikat pernerbangan tersebut.
Ini kali pertama MrJocko merasai pengalaman di Emirates Lounge di KLIA yang terletak di KLIA berhampiran Gate 21.
Emirates Lounge ini terletak di tingkat satu dan berdekatan dengan kiosk Starbucks di Bangunan Satelit KLIA. Mudah sahaja nak cari kerana ia berdekatan dengan ruang tengah.
Sebelum memasuki Emirates Lounge KLIA, anda perlu daftar di kaunter depan sebelum memasukia ruang utama lounge. Di sini ada ruang makan, beberapa sofa untuk kemudahan tetamu, ruang menonton TV, internet dan juga bilik air yang sangat selesa samada untuk mandi atau bersiap-siap. Ini semua umpama anda berada di dalam ruang hotel yang terbaik untuk keselesaan anda sebelum berangkat menaiki penerbangan.
Di Emirates Lounge KLIA ini ada banyak menu yang di sediakan untuk menu pilihan makanan tetamu di lounge ini. Anda boleh mencuba Sandwich of the day, salad, buahan, kek, pastry dan banyak lagi. Untuk menu yang lebih berat, anda boleh cuba meehun, mee goreng, nasi goreng dan satay.
Kalau anda mahu cuba menu western, ada banyak menu western lain yang ada di Emirates Lounge ini, boleh request dan tanya staff Emirates Lounge.
MrJocko sendiri cuba menu meehun goreng yang sedap, satay dan juga salad yang sememangnya menjadi pilihan tetamu jika mereka singgah di Emirates Lounge KLIA. Cuba juga Coffee Latte di sini, rasanya memang best.
Sementara anda menunggu penerbangan anda, memang best lepak di Emirates Lounge. Ia umpama rumah persinggahan dan lokasi Emirates Lounge ini begitu dekat dengan gate untuk penerbangan Emirates. Tak perlu risau kerana pihak Emirates akan maklumkan kepada anda tentang info penerbangan anda.
InsyaAllah, kalau ada masa, boleh singgah ke Emirates Lounge lagi di KLIA. Ia satu pengalaman lounge terbaik MrJocko setakat ini di Emirates Lounge. Memang berbaloi bagi mereka yang beli pakej Business Class dan First Class Emirates Airline kerana fasiliti lounge yang bagus dan menyenangkan tetamu.
Terima kasih Emirates Airline dan Tourism Victoria atas Media Trip ke Melbourne.