Bagaimana cara mudah untuk kira kelayakkan seseorang itu untuk membeli rumah? Berapa jumlah kelayakkan pinjaman perumahan yang boleh kita mohon sekiranya gaji kita berjumlah RM3,000, RM5,000 atau RM10,000? Ramai yang nak tahu bukan bagaiman mengira kelayakkan pinjaman perumahan di bank-bank tempatan?
MrJocko sendiri sedang mencari info yang mudah dan selengkapnya untuk mengira dan merancang untuk membeli rumah. Sudah pasti perkara yang paling penting mesti MrJocko tahu ialah berapa kelayakkan pinjaman bank yang boleh MrJocko buat untuk pinjaman perumahan tersebut.
Dalam banyak-banyak info, info dari Facebook Azie Property ini yang rasanya lebih mudah dan senang nak faham. Oleh itu, MrJocko kongsi bagaimana cara yang Azie Property ajar untuk kita mengira dan membuat perancangan dalam jumlah loan dan bayaran balik yang kita perlukan.
SEBELUM BERHAJAT UNTUK MEMBELI PROPERTY, PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI RECORD CCRIS YANG BAIK SUPAYA IA TIDAK MENJADI SIA-SIA. REKOD BURUK CCRIS AKAN MENYUSAHKAN PERMOHONAN PINJAMAN ANDA.
Contoh Pengiraan Kelayakan Pinjaman :
Harga Rumah : RM 150,000.00
Deposit : RM 15,000.00 (10%)
Annual Interest Rate : 4% (Angaran)
Bayaran Bulanan : RM 644.51
Tempoh Bayaran : 30 tahun
Gaji Bersih : RM 5,000.00 (Selepas potong KWSP dll)
KOMITMEN
Hutang Kereta : RM 500
Kreadit Kad : RM 300
Personal Loan : RM 200
JUMLAH KOMITMEN : RM 1000
PERATUSAN KOMITMEN = (RM 1000/ RM 5000) X 100%
= 20%
PERATUSAN KOMITMEN + JUMLAH BAYARAN BULANAN UNTUK BAKAL PROPERTY = (RM 1000 + RM 644.51) X 100%
= 32.89%