Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Cerita Travel Ke Pulau Bohol Filipina Bersama AirAsia Zest

$
0
0
Pulau Bohol sebelum ini pernah mengejutkan kita dengan bencana gempa bumi yang mengakibatkan beberapa kemusnahan. Itu beberapa tahun yang lepas, kini Bohol di Filipina sudah kembali menyediakan pelbagai tawaran peluang pelancongan yang terbaik untuk anda yang sukakan pulau, pantai, laut dan juga keindahan alam.

Pulau Bohol di Filipina ini adalah pulau ke-10 terbesar di Filipina. Ia adalah antara pulau terbesar di kalangan kumpulan pulau-pulau 'The Visayas' yang ada di tengah-tengah negara Filipina. 

Secara umum kalau anda nak tahu, bandar utama di Bohol ialah Tagbilaran City. Bohol ini mempunyai lebih kurang 72 pulau-pulau kecil yang mengelilinginya dan keluasan Bohol ini dianggarkan sekitar 4,117 km persegi. Kebanyakkan penduduk Bohol menjalankan aktiviti pertanian dan pelancongan sebagai mata pencarian.



bohol_island_pictures
Pandangan pulau-pulau sekitar Bohol dari udara




Untuk ke Pulau Bohol, anda boleh menaiki penerbangan AirAsia dari KLIA2 menuju ke Manila. Setiap hari AirAsia menawarkan 2 penerbangan pergi balik. Kemudian, anda perlu menaiki pesawat AirAsia Zest dari Manila menuju ke lapangan terbang Tagbilaran. Untuk penerbangan ini, AirAsia Zest menawarkan 3 penerbangan pergi dan balik.

Sudah pasti anda boleh dapatkan harga promosi terbaik dari laman Web AirAsia untuk pakej pelancongan ke Bohol Filipina.




bohol_islands_pictures


bohol_islands_pictures

bohol_islands_pictures




bohol_islands_pictures




Pulau Bohol Filipina ini biasanya akan lebih mendapat ramai kunjungan pelancong dari November hingga April setiap tahun kerana musim monsun ini menjadi pilihan ramai pelancong. Cuaca sekitar antara 25 hingga 28 Darjah Celcius. Bermula Mei hingga Julai, Bohol biasanya akan berada dalam musim panas dan kadang-kadang agak panas di siang hari. Manakala dari Ogos hingga Oktober, cuaca di Bohol sentiasa berubah dan berada diluar jangkaan.

Namun begitu, Pulau Bohol di Filipina ini sudah pasti lokasi yang sangat menarik untuk anda kunjungi sekiranya anda peminat pulau dan keindahan alam. Ada banyak lokasi percutian menarik di Bohol dan anda mesti akan teruja dengan pelbagai tarikan yang jarang anda lihat di tepat lain.

Antara yang anda boleh lihat di sini ialah keindahan Chocolate Hills, Monyet Terkecil, Sandugo Blood Compact Shrine, Loboc Rivercruise dan juga semestinya Panglao Island. Ini antara tarikan utama di Bohol.

Selain itu, jika anda ingin membeli belah, Bohol tidak mempunyai pilihan yang banyak tetapi masih boleh anda dapatkan beberapa produk atau barangan cenderahati yang menarik dengan harga yang agak berpatutan.

Banyak lokasi hotel yang menarik dan agak murah di Bohol Filipina. Anda boleh pilih lokasi yang anda rasa sesuai dan ia jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Untuk pengangkutan, anda boleh pilih menaiki Tricycle (motosikal Roda Tiga) dengan harga serendah PHP150 (RM11) untuk trip yang boleh memuatkan sehingga 3 orang.

Untuk info lanjut tentang Bohol, InsyaAllah MrJocko akan kongsi lagi beberapa info tentang lokasi menarik di Bohol, Filipina.



bohol_islands_pictures


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468