Pagi ini 28 Disember 2014, Malaysia dikejutkan sekali lagi dengan kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 yang berpusat di Indonesia setelah melakukan penerbangan dari Surabaya ke Singapura. Mengikut maklumat rasmi terakhir, pesawat terputus hubungan pada jam 7.55 pagi 28 Disember 2014.
Pesawat AirAsia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura ini dijangka mendarat di Singapura sekitar jam 8.50 pagi, namun sehingga kini, jam 3.00 petang, masih belum diketahui nasib pesawat yang membawa sekitar 161 termasuk anak kapal dan penumpang.
Kini persoalan timbul, selamat lagi kah jika kita menggunakan penerbangan pesawat kapal terbang kerana pada tahun ini, 2014, lebih dari 5 kemalangan atau bencana berlaku melibatkan kapal terbang termasuk MH370 dan MH17 dari Malaysia?
Pagi ini 28 Disember 2014, Malaysia dikejutkan sekali lagi dengan kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 yang berpusat di Indonesia setelah melakukan penerbangan dari Surabaya ke Singapura. Mengikut maklumat rasmi terakhir, pesawat terputus hubungan pada jam 7.55 pagi 28 Disember 2014.
Pesawat AirAsia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura ini dijangka mendarat di Singapura sekitar jam 8.50 pagi, namun sehingga kini, jam 1.00 petang, masih belum diketahui nasib pesawat yang membawa sekitar 161 termasuk anak kapal dan penumpang.
Kini persoalan timbul, selamat lagi kah jika kita menggunakan penerbangan pesawat kapal terbang kerana pada tahun ini, 2014, lebih dari 5 kemalangan atau bencana berlaku melibatkan kapal terbang termasuk MH370 dan MH17 dari Malaysia?
MrJocko secara peribadi agak risau dengan keadaan ini kerana ia sedikit sebanyak memberi persepsi baru tentang bahaya menggunakan pesawat kapal terbang ini samada pesawat MAS atau AirAsia dari Malaysia.
Dengan timbul berita atau rumours baru yang mengatakan bahawa pesawat AirAsia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura ini telah terhempas di perairan Indonesia, ia memburukkan lagi pandangan ramai pengguna kapal terbang seperti MrJocko.
Namun sebenarnya jika kita mengira congak ikut statistik biasa penerbangan, kejadian kapal terbang terhempas seperti yang hangat diperkatakan tentang pesawat AirAsia QZ8501 ini, peratusan kejadian kemalangan atau kapal terbang terhempas adalah sekitar 1/100000 dan ia satu nisbah yang kecik bagi nisbah kemalangan pengangkutan seperti kapal terbang ini.
Secara mudah, penerbangan menggunakan pesawat kapal terbang sebenarnya masih selamat berbanding pengangkutan lain.
Apa pun kisah dan berita terkini tentang bencana atau kemalangan AirAsia QZ8501, diharapkan ia selamat dan berita kapal terbang AirAsia ini terhempas di Indonesia adalah berita yang tidak benar.
Satu Malaysia, malahan seluruh dunia pasti sentiasa mengharapkan keselamatan pesawat AirAsia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura. #PrayForQZ8501 #AirAsia #QZ8501