Semalam selepas selesaikan urusan kerja di Public Mutual Bangsar, MrJocko singgah di Pasar Ramadhan Jalan Telawi Bangsar. Memang kat sini antara Pasar Ramadhan yang banyak pilihan menu makanan di sini. Pelbagai pilihan memang nampak semuanya sedap.
Antara yang menarik minat untuk dijadikan menu berbuka dibulan puasa ialah Laksa yang nampak sangat original. Siap ada bunga kantan dan perencah lain. Nampak asli dari kampung, bau kuah pun memang menusuk kalbu.
Satu lagi yang menarik di Pasar Ramadhan Jalan Telawi ni, ada satu gerai jual pelbagai menu Bubur. Dari bubur kacang, bubur pisang, bubur lambuk dan macam-macam bubur. Bak kata orang, kalau korang peminat Bubur,,, gerai ni merupakan Syurga Bubur.
Dan seperti biasa di kebanyakkan gerai-gerai di Pasar Ramadhan yang lain sekitar KL, gerai jual air tebu pun memang menjadi tumpuan. Harga dah memang standard, satu RM5 sahaja.
Kat sini banyak juga makanan lain yang menarik seperti Satay, Ayam Percik, Masakan Lauk Pauk Sarawak, Asam Pedas, kuih muih dan banyak jenis lagi. Kalau dah ada di sekitar Bangsar, mesti singgah pasar Ramadhan di Jalan Telawi Bangsar, bersebelahan Bangsar Food Court.