Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Motosikal Aprilia Shiver 750cc : Motosikal Telanjang Yang Seksi

$
0
0
Aprilia Shiver 750cc adalah salah satu motosikal keluaran Aprilia terbaru yang dibuat untuk pilihan peminat motosikal yang mementingkan gaya, kualiti dan rekaan motor yang sangat menawan. Rekaan Aprilia Shiver 750 ini memang akan menarik minat sesiapa sahaja yang memandangnya.

MrJocko sendiri pernah mempunyai sebuah motosikal Aprilia RS125 pada tahun 2003 dan ia memang satu jentera motosikal yang terkenal pada masa itu. Walaupun Aprilia RS 125 sejenis motorsikal 'Sport Bike' ia memang sejenis motosikal terbaik untuk pemanduan di mana-mana sahaja.







Model Aprilia Shiver 750 adalah motosikal 'telanjang yang seksi' jenama Aprilia yang cukup kompetitif dan kini menduduki kedudukan pilihan teratas dalam kelas motosikal jenis 'Naked Bike' sederhana.

Shiver 750 ini mempunyai reka bentuk yang sangat menarik dan dilengkapi dengan teknologi pemanduan motosikal yang terkini. Bagi yang pernah menunggang Aprilia Shiver 750, ia sebuah jentera yang memberikan satu pengalaman menunggang sangat menyeronokkan apabila anda berada diatas belakangnya.

Aprilia Shiver 750 dikuasakan oleh baru 90° V2 Aprilia yang mempunyai pengurusan elektronik canggih dan boleh menyampaikan satu tahap kuasa setanding dengan enjin empat silinder di dalam kelas yang sama, tetapi dengan lebih tork pada revs rendah. Unit ini meletakkan keluar 95 HP pada 9000 rpm dan 8.25 kgm pada 7000 rpm dan perlu berurusan dengan berat badan sahaja hanya 189 kg. Enjin ini dipasang pada rangka 'mixed trellis'/aluminium campuran yang menyampaikan tahap yang tinggi ketegaran.









Untuk model Aprilia Shiver 750cc ini, ia merupakan model CBU (Completely Build Unit) yang dibuat siap di negara pengeluar dan merupakan salah satu model yang dibina dengan kualiti tinggi berbanding CKD (Completely Knocked Down). Kebiasaannya harga CBU lebih mahal berbanding harga CKD. Tetapi untuk model Aprilia Shiver 750 CBU ini, harga asal ialah RM56,000, tetapi kini dijual dengan harga promosi RM45,888 sahaja. Ini adalah antara promosi harga murah untuk koleksi model Aprilia di Malaysia.

Bukan itu sahaja, dengarnya model ini diberi special discount lagi dan anda boleh dapat harga terbaik selepas RM45,888 ini dengan budi bicara wakil Aprilia.

Nampak memang menarik. Sekali fikir, nak je angkat sebuah motosikal Aprilia Shiver 750 ini untuk buat pusing satu Kuala Lumpur dan juga untuk aktiviti weekend ride bersama kawan-kawan. Bestnya. Tapi nampaknya, nak kena kira duit dulu samada cukup atau tidak. Atau, mungkin kah boleh mintak sponsor sebuah motosikal Aprilia untuk MrJocko review??? Melampau sangat angan-angan :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468