Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Senarai Hotel Bajet Murah Homestay Guest House Di Seoul

$
0
0

Percutian ke Seoul, Korea Selatan semakin menjadi pilihan percutian rakyat Malaysia dan ia semakin bertambah dari tahun ke tahun. Selain pakej percutian biasa, pakej percutian bajet hotel murah dan homestay murah di Seoul juga semakin popular di kalangan pelancong.

Dua kali MrJocko ke Seoul, Korea Selatan, masih tidak berpeluang untuk merasai pengalaman menginap di hotel bajet murah atau homestay guest house murah yang terdapat di Seoul. Khabarnya, pakej penginapan di hotel bajet di Seoul atau Homestay di Seoul memberikan satu pengalaman yang lebih menarik, murah serta jauh lebih jimat jika melancong ke Seoul, Korea Selatan.

Homestay atau Guest House di Seoul adalah pilihan penginapan murah yang membolehkan para tetamu untuk berjimat dalam kos penginapan mereka ketika melancong. Di Seoul kini, ada banyak rumah tumpangan yang diubahsuai menjadi homestay atau guest house (biasanya dengan dapur berkongsi dan bilik mandi berkongsi) yang murah dan sesuai dengan bajet terhad pelancong. Hotel murah, homestay atau bajet guest house ini wujud di kawasan pusat bandar berdekatan dengan destinasi pelancongan.

Kadar sewa untuk hotel bajet homestay atau guest house untuk satu malam di Seoul biasanya sekitar KRW20,000 - KRW30,000 (RM60 - RM95) bagi setiap orang. Sebagai rumah tumpangan umumnya dilihat sebagai pilihan bajet, tetapi ia satu penginapan yang jauh lebih selesa. Namun, perlu diingatkan, servis perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan di homestay atau guest house ini mungkin berbeza-beza dari satu tempat ke tempat yang lain.

Di sini MrJocko senaraikan beberapa nama dan lokasi hotel bajet murah, homestay atau guest house bajet murah yang terkenal dan terdapat di Seoul, Korea Selatan.

Guest House Seoul i Guesthouse (Seoul i Guesthouse) Mapo-gu Seoul

Guest House IN Guesthouse (인 게스트하우스) Mapo-gu Seoul

Guest House Bridge Backpackers (브릿지 백팩커스) Mapo-gu Seoul

Guest House Momojumma House (모모줌마하우스) Eunpyeong-gu Seoul

Guest House Wonnie's guesthouse (워니즈 디자인 게스트하우스) Mapo-gu Seoul

Guest House MAMA Guesthouse (마마하우스) Jung-gu Seoul

Guest House 24 Guesthouse Hongdae (24 Guesthouse 홍대) Mapo-gu Seoul

Guest House RO&JO HOUSE (RO&JO HOUSE) Mapo-gu Seoul

Guest House 24guesthouse (24 게스트하우스) Seodaemun-gu Seoul

Guest House Bona guesthouse (Bona guesthouse) Yeongdeungpo-gu Seoul



Hotel bajet murah homestay dan guest house di Seoul
Hotel bajet murah homestay dan guest house di Seoul
Senarai Hotel Bajet Murah Homestay (Guest House) Di Seoul Korea
Hotel bajet murah homestay dan guest house di Seoul
Senarai Hotel Bajet Murah Homestay (Guest House) Di Seoul Korea

 

 

Sudah pasti apa yang ditawarkan di hotel bajet murah, homestay atau guest house bajet murah di Korea ini tidak la sehebat hotel bertaraf 3 hingga 5 bintang, tetapi secara keseluruhan dari segi tempat tidur, bilik dan kemudahan asasnya adalah berbaloi untuk anda bayar dengan harga RM60 - RM95 bagi setiap orang.

Jika anda mencari pakej melancong murah ke Seoul dan tiada masalah dengan menginap di hotel bajet, homestay atau guest house bajet murah di sana, anda mungkin boleh rancang dan dapatkan senarai hotel bajet, homestay dan guest house murah tersebut di senarai yang telah MrJocko kongsikan di sini. InsyaAllah, penginapan bajet murah di Seoul ini akan memuaskan hati anda dan anda dapat melancong dengan bajet yang murah di Seoul atau seluruh Korea Selatan.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468