Hari ni, MrJocko berkesempatan untuk singgah di pejabat penerbitan yang kini semakin terkenal dengan majalah baru mereka, Majalah HaiMeow, Majalah Kucing no.1 Malaysia.
HaiMeow merupakan sebuah majalah kucing berbahasa Melayu yang terulung di Malaysia untuk semua lapisan masyarakat terutamanya untuk peminat haiwan peliharaan kucing.
Majalah HaiMeow ini lebih menumpukan kepada interaksi antara manusia dan kucing dalam pendekatan yang lebih moden dan terkini.
HaiMeow turut membawa pembaca mengenali lebih dekat tentang kehidupan selebriti pilihan bersama dengan kucing kesayangan mereka.
Untuk Edisi Pertama majalah HaiMeow, Sham Kamikaze diberikan penghormatan untuk menjadi Cover Depan pertama majalah ini digandingkan dengan seekor kucing baka British Short Hair yang menjadi idaman ramai peminat kucing. Edisi Pertama ini sudah mula bertemu pembaca pada awal Disember 2014.
Jadi jika anda peminat kucing dan ingin mendapatkan cerita menarik kucing, tips memelihara kucing, aksesori kucing serta cover story berkaitan haiwan peliharaan ini, anda boleh dapatkan naskah Majalah HaiMeow ini di kedai buku berhampiran anda dengan hanya RM8.90 sahaja. Majalah ini akan menemui pembaca setiap bulan.
Facebook : www.facebook.com/GlamorousMrJocko
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko