Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Pulau Beras Basah Langkawi : Kebiruan Air Laut Yang Mendamaikan

$
0
0



Kebiruan air laut dan kedamaian Pulau Beras Basah di Langkawi memang menjadi tarikan ramai pelancong ke sana. Ia terletak di hujung barat Langkawi, Pulau Beras Basah menawarkan percutian yang santai dengan pantai bersih, biru air laut dan hutan hijau yang subur.

Pulau Beras Basah mungkin antara destinasi pulau terbaik yang mudah diakses dari jeti Pantai Cenang dan Tasik Dayang Bunting. Selain itu, pulau ini juga boleh diakses dari Awana Porto Malai Resort. 

Selain pantai putih bersih berpasir dan latar belakang hutan yang subur menghijau, perairan sekitar Pulau Beras Basah juga memberikan pemandangan dan pengalaman terbaik bila bercuti ke sana. Kalau anda bernasib baik, anda berpeluang bertemu dengan sekumpulan ikan lumba-lumba suka bermain di kawasan sekitar dan beratus-ratus burung helang yang menjadi satu lagi tarikan utama di sekitar kawasan Pulau Beras Basah Langkawi.

Pulau Beras Basah mempunyai legenda yang tersendiri yang biasanya dikaitkan dengan legenda lain Langkawi.

Pakej untuk ke Pulau Beras Basah biasanya sebahagian daripada pakej lawatan 3 pulau termasuk Pulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting. Jangan risau, jika nak dapatkan pakej island hoping di sekitar pulau-pulau ini, hampir setiap agensi pelancongan di Langkawi menyediakan pakej lawatan dari pulau ke pulau di Langkawi dengan harga yang berpatutan. Kebiasaannya, sewa sebuah bot laju untuk ke beberapa buah pulau berhampiran ialah sekitar RM150.00

Memandangkan Pulau Beras Basah dijaga alam sekitar dan dikawal pembangunan sekitar pulau, ia adalah lokasi mandi manda, berehat, bersantai dan menikmati keindahan alam semulajadi yang terbaik jika anda ke Langkawi.















Sejarah Pulau Beras Basah
Pulau Beras Basah terletak tidak jauh daripada Pulau Cenang dan Pulau Rebak Besar . Pulau ini sebahagian daripada 104 buah pulau dalam gugusan Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Jarak dari jeti Kuah, Langkawi ke pulau ini kira-kira 20 minit dengan bot laju.

Pulau ini sering kali dijadikan tempat nelayan berteduh ketika laut bergelora ketika mereka kelaut menangkap ikan. Pulau Beras Basah mempunyai permukaan berbukit yang menghalang tiupan angin kencang dengan itu sesuai dijadikan tempat berteduh.

Terdapat sebuah jeti dibina oleh kerajaan negeri Kedah memudahkan bot pelancong berlabuh. Pasir di pantainya putih dan halus tetapi kadang-kala terdapat anak obor-obor yang boleh menyebabkan badan menjadi gatal. Banyak kera terdapat di tepi pantai dan mengutip sisa makanan yang dibuang oleh para pengunjung. Pengunjung juga boleh menyewa paracut yang ditarik oleh bot laju dan melihat pemandangan indah pulau Beras Basah.

Di sini tidak banyak sukan air di sediakan untuk pelancong kerana untuk memastikan keindahan pantai dan pulau ini sentiasa terpelihara dengan cantik dan asli. Lihat sahaja pantainya yang masih jernih, hijau muda dan disambung dengan kebiruaan air laut yang memukau pandangan sesiapa sahaja.

Sudah pasti, Pulau Beras Basah di Langkawi adalah lokasi wajib singgah jika anda datang berlibur ke Langkawi.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468