Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Tait & Co. Merchant House Di Tainan : Sejarah Awal Perdagangan Di Tainan Taiwan

$
0
0
Tait & Co. Merchant House adalah sebuah bangunan lama yang mesti anda singgah jika berkunjung ke Tainan, Taiwan. Lokasi bangunan ini terletak dekat sahaja dengan Anping Tree House dan juga Anping Old Fort di Tainan. Ketiga-tiga bangunan ini mempunyai sejarah tersendiri yang berkait rapat dengan Taiwan.

Dari luar bangunan, rumah saudagar lama ini nampak seperti biasa dan tak banyak beza dengan bangunan lama di Taiwan. Namun di dalam bangunan lama 'saudagar' ini tersimpan banyak informasi berguna tentang sejarah Taiwan.

The Tait dan Co Merchat House adalah rumah saudagar lama terletak betul-betul di sebelah rumah pokok, Anping Tree House di Tainan. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1867 dan telah berkhidmat dalam pelbagai fungsi selama ini termasuk satu masa menjadi muzium awal Taiwan dan hubungannya dengan negara Belanda.

Ketika Belanda pertama kali membuka kedai perdagangan pada tahun 1867, Tait & Co. Merchant House meguruskan urusniaga dalam jual beli teh, kapur barus dan candu. Ya, candu (dadah) dan mereka pada ketika itu adalah pengedar dadah yang mengikut cara undang-undang mereka pada ketika itu. 








Perniagaan mereka telah berkembang pesat, sehingga kedatangan Jepun pada tahun 1895. Pada ketika itu, Jepun membuat kawalan untuk perdagangan candu dan kapur barus, dan hanya membenarkan perdagangan teh sahaja. Oleh sebab itu, keuntungan perniagaan Tait & Co. semakin berkurangan dan masa kemilangan mereka semakin malap. 

Kemudian pada tahun 1911 semua pedagang asing diarah keluar dari Taiwan dan bangunan Tait & Co. yang telah ditukar menjadi sebuah syarikat garam. Akhirnya, pada tahun 1979, ia telah ditukar menjadi muzium sehingga ke hari ini.

Dalam bangunan saudagar lama ini, banyak di kongsikan sejarah awal kedatangan Belanda ke Taiwan dan sejarah hubungan mereka dengan masyarakat Taiwan. Di sini juga anda akan melihat dan mungkin akan membuka mata hati dalam sejarah negara Taiwan bila anda mendapat tahu bahawa kemungkinan penduduk asal Taiwan adalah mereka yang berasal dari Kepulauan Borneo.

Ia sesuatu yang menarik dan bagus untuk kita terokai jika berkunjung ke Tait & Co. Merchant House Tainan, Taiwan ini.








Tait & Co. Merchant House Tainan 01




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468