Sedar tak sedar sudah hari keempat kita dalam bulan Ramadhan dan hari minggu yang pertama sejak Ramadhan 1434 Hijriah. Mesti dah banyak menu berbuka yang anda sudah cuba.
Kalau hari Sabtu seperti hari ni, ramai dari kita ambil peluang berbuka di luar. Apa pilihan menu berbuka anda? Adakah menu masakan kampung, menu western atau anda cukup berbuka dengan menu makanan Fast Food?
Kalau MrJocko, berbuka kat mana tak kisah kerana masa berbuka, semua makanan nampak sedap kan?
Cuma kalau boleh jangan membazir. Beli ala kadar dan kalau boleh kongsi dengan wife, anak-anak atau adik beradik kita. Beli dua tiga menu yang anda rasa nak makan, tetapi kongsi dengan orang lain. Dengan cara ni, semua yang anda nak makan boleh anda cuba, tetapi dalam masa yang sama anda tidak membazir.
Selamat berbuka :) Glamorous MrJocko