Destinasi pelancongan makanan yang terkenal di Perak termasuklah lokasi Mee Udang Kuala Sepetang yang terkenal. Menu Mee Udang Kuala Sepetang memang menjadi pilihan ramai pelancong dalam negeri dan juga luar negeri kerana kesedapan dan keunikkan menu Mee Udang tersebut.
Secara peribadi, ini kali pertama MrJocko mencuba menu Mee Udang Kuala Sepetang. Sebelum ini pernah cuba menu Mee Udang di Kuala Lumpur, tetapi berbeza dengan menu Mee Udang Kuala Sepetang ini.
Mee Udang Kuala Sepetang |
Mee Udang Kuala Sepetang |
Mee Udang Kuala Sepetang |
Apa yang menarik tentang menu mee udang di Kuala Sepetang?
Nampaknya keunikkan dan kesedapan mee udang yang terkenal di Kuala Sepetang ini kerana rasa kuahnya yang memang berbeza dengan menu mee udang yang biasa. Harga mee udang Kuala Sepetang biasanya berharga sekitar RM6 sehingga RM12 untuk menu mee udang special.
Kalau anda jenis yang suka makan, memang menu mee udang ni ialah menu wajib makan kalau melancong atau berkunjung ke sekitar Taiping dan Kuala Sepetang. Memang berbaloi menu mee udang Kuala Sepetang yang terkenal ini.