Lokasi kedua, kami dibawa ke Bukit Merah Lake Town Resort untuk meninjau tasik tadahan dan takungan air yang menjadi nadi utama masyarakat sekitar Bukit Merah. Pengalaman melihat kerja-kerja pembuangan tanah gambut dan pokok-pokok kayu untuk tujuan pembersihan tasik Bukit Merah adalah sesuatu yang baru.
Kerja-kerja Projek Tambatan Banjir dan pemulihan yang dijalankan ini membuktikan bahawa Kementerian Alam Sekitar serta Jabatan Pengairan dan Saliran bertungkus lumus secara serius dalam memberikan khidmat terbaik untuk kemudahan penduduk di Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
Harap dapat sekali lagi datang ke kawasan empangan dan tadahan air di Perak ini untuk cuti-cuti Malaysia yang akan datang bersama keluarga. Di sini pun, ada banyak yang menarik untuk kita terokai.