Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Menu Halal Muslim Di Amba Hotel Ximending Taipei

$
0
0

Amba Hotel Ximending merupakan Boutique Hotel yang terbaik di Ximending Taipei. Bukan sebab bilik dan kedudukkannya yang strategik tetapi sebab cafe di sini juga menyediakan menu masakan Muslim Friendly.

Untuk menu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam, pihak Amba Hotel ada menu masakan khas untuk Muslim. Samada korang nak rasa makanan yang ringan atau berat, boleh buat pilihan menu halal food Muslim di Amba Hotel Ximending.

 

Masa makan tengahari di Amba Hotel Ximending, MrJocko pesan Spageti untuk buat alas perut. Lagipun sebenarnya masa tu dah kenyang, tetapi nak juga cuba menu halal di Amba Hotel Ximending.

Rakan media lain, ada yang memesan Burger Big bersaiz 8oz dan juga Mee Goreng. Pilihan lain di sini boleh cuba kek, ais krim, salad dan juga buah-buahan.

Walaupun dari segi pilihan tak banyak, menu halal yang mereka sediakan cukup berbaloi. Spageti yang MrJocko makan memang sedap dengan rasa daging lembu dan juga sedikit masam limau. Perghhh!!! Terbaik.

Burger Big 8oz juga memang padat dengan daging, cheese, french fries serta sayuran. Begitu juga Mee Goreng yang disediakan, punyai citarasa Taiwan urban dan masih sedap untuk citarasa mulut kita orang Melayu.

Banyak menu halal untuk Muslim di Taiwan. Kalau anda mungkin rasa mahu menikmati percutian ke negara yang agak dingin, shopping 24 jam serta pemandangan yang indah dengan bajet yang lebih murah, Taiwan lah tempatnya.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468