Khas buat Blogger, ada banyak pantang larang yang MrJocko perhatikan jika anda semua nak jadi Blogger Hebat. Ramai Otai-Otai dalam dunia blog ini berjaya sebab dalam diri mereka ada beberapa kelebihan yang mungkin kita tak sedar, sebab dalam dunia blog sekarang, ramai yang masih berfikir 'Blog Aku Lah Yang Terhebat', blog orang lain tak best.
Pantang Larang Untuk Jadi Blogger Hebat
1. Jangan Menipu
Penipuan ni ada di mana-mana. Jangan kata blogger, orang biasa pun selalu anggap menipu ini dah jadi macam 'biasa-biasa'. Untuk jadi blogger hebat dan selalu dapat job yang bagus, amalkan kejujuran dengan PR atau Syarikat yang berkerjasama dengan kita.
Jangan amalkan perangai yang suka menipu atau bercakap bohong kerana lama-lama nanti, akan terserlah juga kebenaran. Dunia blog di Malaysia ni kecil sahaja.
Pantang Larang Untuk Jadi Blogger Hebat
1. Jangan Menipu
Penipuan ni ada di mana-mana. Jangan kata blogger, orang biasa pun selalu anggap menipu ini dah jadi macam 'biasa-biasa'. Untuk jadi blogger hebat dan selalu dapat job yang bagus, amalkan kejujuran dengan PR atau Syarikat yang berkerjasama dengan kita.
Jangan amalkan perangai yang suka menipu atau bercakap bohong kerana lama-lama nanti, akan terserlah juga kebenaran. Dunia blog di Malaysia ni kecil sahaja.
2. Jangan Ada Perasaan Iri Hati dan Dengki
Percaya atau tidak, sebenarnya dalam dunia Blogger juga ada di mana-mana sifat Iri Hati dan Dengki. Iri hati bila melihat blogger lain dapat invitation, sedangkan diri sendiri tidak dapat. Mula lah timbul fitnah yang mengatakan Blogger tersebut 'Kaki Jilat lah', Blogger sana 'Kroni lah' sedangkan kita tidak tahu cerita sebenar.
Banyak isu dengki bila ada peraduan yang disertai sama-sama. Ada yang kata Blogger A pakai Bomoh la, Blogger B kata Blogger C pakai team la, masing-masing akan mula tunjuk perangai hasad masing-masing semata-mata nak menang.
3. Tikam Belakang Atau Fitnah
Perangai seperti ini juga bahaya sebab bila dah lama iri hati dan ketidakpuasan, seseorang itu akan cenderung buat cerita sehingga boleh menimbulkan fitnah. Apa tidaknya, kalau PANDANGAN PERIBADI di salah ertikan sebagai KRITIKAN DAN KUTUKAN. Mereka senang ambil satu ayat, semata-mata nak 'relate' kan bahawa Blogger A itu mengutuk Blogger B sedangkan ia cuma satu pandangan sahaja. Fitnah yang boleh merosakkan dua hubungan.
Belum lagi cerita Blogger B racun PR supaya jangan ambik Blogger C atau D sebab konon Blogger tersebut tak bagus, tak baik dan macam-macam lagi. Itu terjadi dalam dunia blogger.
4. Kedekut Ilmu
Kalau anda perhatikan, ramai blogger otai dan hebat bermurah hati berkongsi ilmu yang mereka ada dengan rakan-rakan Blogger. Ada yang bagi percuma dan ada yang kenakan sedikit bayaran kerana kadang-kadang ia melibatkan extra kos jika blogger mahukan info yang lebih.
Sebab itu, jika ada peluang Blogger Otai nak bagi pandangan atau Ilmu, jangan la sombong atau berlagak pandai. Kalau anda dah tahu, diam-diam sudah. Sebab, mungkin anda tahu teori, sedangkan blogger otai lebih kepada pengalaman sendiri.
Kredit Gambar Musegalo.blogspot.com
5. Pemalas
Sudah pasti kalau ingin kekal jadi penulis Blog, jangan la MALAS. Samada anda blogger hebat atau blogger otai, kalau dah satu (1) minggu baru keluar satu entry, itu dah tahap pemalas sangat-sangat.
Dari segi salah, memang tak salah sebab itu blog anda sendiri, tetapi biasanya blogger mereka menulis 1 entry sekurang-kurangnya untuk sehari. Jika anda menulis seminggu sekali atau sebulan sekali, baik menulis untuk majalah atau Suratkhabar Mingguan. Jangan Marah arrrr....
Ini lah antara yang boleh MrJocko kongsi jikan anda nak jadi Blogger Hebat. Ini antara Pantang Larang Untuk Jadi Blogger Hebat dan rasanya anda mesti ikut. Itu pun jika anda sanggup. Kalau tak sanggup ikut boleh jer. Anda boleh sahaja keluarkan berita yan ganda copy paste dari mana-mana berita online dan letakkan dalam blog anda atau anda boleh sensasikan blog denga menulis cerita panas atau 18SX di blog anda, tetapi anda sendiri boleh fikir ia sesuatu yang baik atau tidak.
p/s : Saya bukan blogger hebat, saya masih belajar untuk menjadi blogger hebat.