Ada yang bertanya, orang lelaki boleh ke buat Manicure Pedicure? Tak nampak macam pondan ke bila orang lelaki buat manicure pedicure? Itu soalan yang klise selalu kita dengar mungkin, sebab kalau sebut pasal manicure pedicure selalunya dikaitkan dengan orang perempuan.
Tapi sekarang zaman dan semakin berubah, orang lelaki pun ada ramai yang suka kepada metroseksual yang mementingkan penampilan yang bergaya dan urban. Lihat sahaja sekarang lelaki pun dah pandai pergi ke spa, pergi buat facial dan termasuk la yang buat manicure dan pedicure.
Tadi semasa majlis Live Viewing Abu Dhabi Grand Prix di Symphony Lake KLCC, MrJocko sempat buat kuku atau tata rias kuku manicure di booth yang disediakan oleh pihak penaja, Petronas. Memandangkan ia peluang yang baik untuk manjakan kuku dan buat rawatan kuku sambil menonton perlumbaan akhir Formula 1 Abu Dhabi, MrJocko turut membuat manicure selama 20 minit.
Untuk sesi manicure kuku untuk lelaki ini, mereka akan trim kuku menjadi lebih kemas dengan membuang kulit yang mati, kuku yang berlebihan, kemasan dan mengilap supaya nampak kemas dan berkilat. Juru hias akan gosok kuku jari anda untuk buang kuku yang panjang, berlebihan, rosak dan kemaskan supaya ia lebih nampak cantik dan terurus.
Kalau pakej manicure biasa selama 30 minit di rawatan Manicure Pedicure biasa bernilai sekitar RM30, tetapi MrJocko buat di sini secara Percuma. Terima kasih kepada Petronas atas tajaan ini.
Jadi, jika ada yang bertanya, ada tak manicure dan pedicure untuk lelaki? Jawapannya ada. Sebagai lelaki, anda juga boleh menjaga kemasan untuk kuku jari tangan dan kaki anda untuk penampilan yang lebih menarik dan sopan. Kalau nak cuba, cuba lah buat manicure basic untuk kuku jari tangan anda, anda pasti akan puas hati ;)