Citarasa Ramadhan di Pizza Huts pada tahun ini memperkenalkan menu Piza terbaru yang dikenali sebagai Piza Sari Lautan. Menu terbaru dari Pizza Huts ini diberi nama Sari Lautan Pizza kerana ia adalah satu menu yang digabungkan sos eksotik asam pedas dengan topping udang segar, tuna, crabstick dan juga keju. Tidak lupa signature Pizza Huts dengan di hidangkan bersama Pan Kerak.
Promosi menu Sari Lautan Pizza ini bermula pada 20 Jun 2013 dan akan berakhir dalam masa 2 bulan. Ia merupakan tawaran menu yang sedap dan terhad. Tawaran harga RM25 bagi saiz piza sederhana dan RM38 bagi saiz besar untuk a'la carte. MrJocko cadangkan anda order untuk saiz besar kerana Piza Sari Lautan ini memang sedap.
Kalau anda rasa anda seorang yang sukakan Pizza, Sari Lautan Pizza memang pilihan terbaik untuk berbuka puasa. Anda boleh memilih Combo 1 untuk juadah berbuka untuk 2 orang, hanya RM39.80 dan juga juadah berbuka Combo 2 untuk 4 orang dengan hanya RM59.80 (penjimatan sebanyak RM16.20). MrJocko yakin anda pasti akan berpuas hati dengan menu Combo Piza Sari Lautan ini.
Untuk hidangan tambahan, apa kata cuba Istimewa Platter cuma RM20.80 dengan menu utama Kepak dan Ayam Madu serta kentang goreng dan sos pilihan. Tidak lupa juga Tempura Prawn King Garlic Rice untuk mereka yang nak makan nasi.
Satu lagi menu yang sedap, iaitu Tempura Prawn King yang sememangnya segar, sedap dan sangat-rangup. Ini juga menu feveret MrJocko kerana MrJocko suka makan Udang :). Jadi, apa tunggu lagi, esok waktu berbuka, jom ramai-ramai ke Pizza Huts dan 'MESTI CUBA' menu Piza Sari Lautan di Pizza Huts.
Di samping itu, sempena dengan bukan Ramadhan, pihak Pizza Huts tidak lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik. Dengan setiap pembelian World Hunger Hot Delights atau Citarasa Ramadhan, pihak Pizza Huts akan menyumbangkan RM0.50 bagi setiap pembelian. Ia merupakan salah satu sumbangan sosial pihak Pizza Huts kepada komuniti.