Karnival Upin & Ipin 2014 kini sedang berlangsung di PICC Putrajaya bermula dari 21 - 23 November 2014. Karnival ini dibuka seawal 9.00 pagi dan akan berakhir pada jam 10.00 malam setiap hari selama Tiga (3) hari karnival diadakan. Keunikan karnival kali ini adalah dari segi pengisian dan persembahan yang telah diaturkan. Tambah istimewa lagi, buat pertama kalinya Les’ Copaque Production bekerjasama dengan syarikat gergasi Jepun iaitu Tsuburaya dengan menampilkan watak terbaru Ultraman di Karnival Upin & Ipin.
Karnival Upin & Ipin ini menggunakan tema 'Inilah Kegembiraan' sempenan dengan penganjuran yang lebih mantap pada tahun ini dengan mambawa keriangang kepada anak-anak dan peminat kartun dari Les Copaque ini. Bagi peminat setia Upin & Ipin pasti sudah mengetahui mengenai Karnival Upin & Ipin yang setiap tahun dianjurkan oleh Les’ Copaque Production bersama anak syarikat LC Merchandising disamping rakan-rakan niaga yang lain
Sepanjang karnival Upin Ipin ini anda akan dapat menyaksikan pelbagai booth yang menarik di sana termasuk booth Upin Ipin, Puteri, DaduDido, Pada Zaman Dahulu dan banyak lagi termasuk booth penaja seperti Kementeriam Komunikasi Dan Multimedia, PUNB, MDEC bersama penaja sampingan yang lain.
Selain itu juga, pelbagai aktiviti menarik dari 9 pagi hingga 10 malam yang telah diatur oleh semua pengunjung seperti penampilan 13 maskot dari siri animasi Upin, Ipin dan Pada Zaman Dahulu. Terdapat juga penampilan istimewa pertama kali watak-watak dari animasi Puteri dan banyak lagi.
Yang akan menjadi tumpuan semestinya persembahan selama hampir 30 minit Ultraman yang dibawakan khas dari Jepun dibawah kerjasama dengan Tsuburaya, syarikat animasi terkenal di Jepun.
Nantikan perkembangan lebih lanjut melalui laman web www.upindanipin.com.my serta Facebook Upin & Ipin.