Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Menu Makanan Halal Di Tayih Landis Hotel Tainan Taiwan

$
0
0
FAM Trip Taiwan 2014 memang menarik. Hari kedua, kami dah sampai di Tainan dan masa untuk menginap di Tayih Landis Hotel Taiwan selepas selesai trip ke Sun Moon Lake menyertai acara 2014 Taiwan Cycling Festival dan juga Formosan Aboriginal Culture Village. Memang awesome jalan-jalan di Tainan.

Makan malam kami malam itu disediakan oleh restoran di Tayih Landis Hotel yang ada certificate Muslim Friendly Restaurant. Pihak hotel Tayih Landis Tainan menyediakan bilik khas untuk kami berserta pinggan mangkuk dan peralatan khas hanya untuk Muslim sahaja.





Makanan Halal Taiwan - Itik Stim

Makanan Halal Taiwan - Ayam Goreng

Menu Makanan Halal Di Tayih Landis Hotel Tainan Taiwan
Makanan Halal Taiwan - Sup Ikan Pedas

Menu Makanan Halal Di Tayih Landis Hotel Tainan Taiwan
Halal Food Taiwan - Ikan Masak Stim





Ini menu makanan halal kami di Tayih Landis Hotel Tainan. Antara menu halal yang dihidangkan ialah Itik Masak Stim, Ikan Masak Stim, Sup Seafood, Ayam Goreng, Sayur Goreng dan buahan yang memang manis. 

Sekali imbas, menu masakan ini seakan sama dengan menu masakan Thailand, tetapi ia berbeza sedikit dari segi rasa dan juga kepedasan makanan. Menu ini masih lagi punyai identiti masakan orang Taiwan dan rasa yang sedikit tawar berbanding menu masakan di Malaysia yang ada manis, masin dan juga masam.

Secara keseluruhan, memang sedap makanan halal di Tayih Landis Hotel Tainan ini. Seharian kami buat aktiviti jalan-jalan sekitar Sun Moon Lake dan Formosan Aboriginal Culture Village, malam adalah waktu makan untuk menambah tenaga yang telah kami guna pada siang hari.

Berbaloi makan di restoran Tayih Landis Hotel Tainan. Jika anda mencari menu makanan Halal di Taiwan, Tayih Landis adalah salah satu lokasi restoran halal di Taiwan yang boleh anda kunjungi.

AirAsiaX menyediakan 2 penerbangan setiap hari dari Kuala Lumpur ke Taipei dan juga dari Taipei menuju Kuala Lumpur. Anda pasti suka dengan Taiwan. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468