Belum sempat habis nak kongsi pasal trip kedua MrJocko ke Taiwan, dah ada email dari pembaca yang memintak tips travel ke Taiwan sebagai panduan untuk mereka. Untuk tidak mengecewakan mereka, MrJocko ingin berkongsi sedikit pengalaman MrJocko dan tips melancong di Taiwan.
Kali kedua ke Taiwan memberikan MrJocko banyak pengalaman baru, tambah-tambah kali pertama MrJocko pergi musim bunga pada bulan Mei 2013, tahun lepas. Kali ni MrJocko pergi musim sejuk, memang berlainan.
Tips Travel ke Taiwan
1. Untuk Muslim, MrJocko mengesyorkan anda semua dapatkan buku panduan ini, 'Melancong Ke Taiwab Untuk Muslim'. Buku ini boleh anda dapatkan di Biro Pelancongan Taiwan atau Travel Agent. Dalam buku panduan ini memang banyak info berguna tentang travel ke Taiwan sebagai seorang Muslim.
2. Kalau anda seorang yang kaki Social Media macam MrJocko, anda boleh dapatkan pakej dari Emome ini dengan hanya membayar NTD300 untuk pakej Unlimited Internet Data selama 5 hari di Taiwan. berbaloi sebab boleh guna semua social media seperti Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain.
3. Di Taiwan ada 2 jenis sijil halal yang anda akan jumpa. Pertama, Restoran Halal, iaitu restoran yang dimasak oleh Chef Muslim dan di sahkan halal. Kedua, Restoran Friendly Muslim, ialah restoran yang dimasak oleh Chef Bukan Muslim, tetapi diwajibkan mengikut syarat-syarat Halal yang ditetapkan oleh The Chinese Muslim Association Taiwan.
4. Musim Sejuk di Taiwan tidak la sesejuk di Eropah. Malah, tiada salji pun di Taiwan. Tetapi, bagi anda yang tak tahan sejuk, masih boleh sediakan baju sejuk yang sesuai. Bagi MrJocko, suhu sekitar 18º hingga 20º Darjah Celcius tidak la sejuk sangat. Itu suhu ketika di Taipei. Jika di kawasan Taichung dan Kaohsiung (baca Qaosiung), suhu hanya sekitar 23º - 26º Celcius. Tak sejuk dan tak panas, sedang molek.
Jadi, kalau ke Taiwan, bawa T-shirt biasa pun sudah memadai jika anda biasa dengan suhu sekitar 18º - 26º Celcius. Hampir sama dengan cuaca di Genting Highland.
5. Kalau anda minat shopping, Taiwan antara lokasi shopping yang menarik. Antara yang best ialah pakaian perempuan, kasut dan juga beg tangan wanita. Banyak barang-barang seperti ini murah berbanding Hong Kong atau Malaysia. Mesti beli.
6. Orang Taiwan tak suka tawar menawar sama seperti orang Jepun dan Korea. Memang budaya mereka tiada tawar menawar seperti orang Malaysia. Jadi, kalau boleh, jangan tawar-menawar yang melampau. Kalau tidak korang akan kena marah dengan penjual :)
7. Ada banyak musim di Taiwan akan mengalami hujan renyai dan gerimis. Sebab itu, kalau anda jenis takut air, takut basah atau takut sejuk, anda mesti bawa payung atau baju hujan yang sesuai. Kalau tidak anda akan kesejukkan.
8. Kebanyakkan toilet di Taiwan, kecuali toilet di hotel 4 - 5 Bintang, tidak mempunyai air. Oleh itu untuk keselesaan dan kebersihan diri, baik bawa tisu basah bersama-sama anda ke mana sahaja pergi jika melancong ke Taiwan. Mudah je bila ada tisu basah, senang nak cuci :)
9. Ada masa di Taiwan, lebih-lebih lagi kawasan Kaohsiung akan diterangi cahaya matahari yang terik. Kalau anda jenis silau seperti MrJocko, baik bawa cermin mata gelap. Ia untuk keselesaan anda juga, lagi pun boleh bergaya di negara orang :).
10. Antara lokasi wajib singgah kalau ke Taiwan seperti Taipei Zoo, Taiwan 101, Formosan Aboriginal Culture Village, Sun Moon Lake, Ximending, Shilin Night Market, Sinkuchan Night Market, Yilan dan Yehliu Geopark.
Cukup la dulu 10 tips travel ke Taiwan yang sempat MrJocko kongsi kat sini. Ada banyak lagi tips melancong ke Taiwan yang MrJocko nak kongsi, tetapi rasanya cukup la 10 sahaja sebagai panduan kita bersama.
InsyaAllah, kalau ada lagi tips-tips menarik untuk travel ke Taiwan atau ke negara lain, MrJocko akan kongsikan di blog ini, berdasarkan pengalaman MrJocko sendiri. Selamat melancong ke Taiwan.