Kereta Kabel Tasik Sun Moon (Sun Moon Lake Cable Car), sistem pengangkutan yang dinanti-nantikan di kawasan Sun Moon Lake. Ia telah dibuka pada 28 Disember 2009 kepada orang ramai. Sebelum itu pada tarikh 31 Mac 2010, semua penumpang boleh menikmati tambang istimewa, dengan tiket penuh hanya membayar NTD250 atau tiket kumpulan di NTD225 bagi setiap penumpang.
Selepas tarikh ini, harga tiket kembali normal seperti berikut:
Tambang penuh di NTD300;
Tambang diskaun di NTD250;
Tambang kumpulan (20 orang atau lebih) di NTD270; dan
Tambang kumpulan di diskaunkan pada NTD225.
Tambang diskaun terpakai bagi warga tua yang berumur 60 tahun ke atas 60, kanak-kanak prasekolah daripada 100cm tinggi atau di atas, dan mereka yang mempunyai buku manfaat untuk orang kurang upaya (OKU)
Pengalaman menaiki kereta kabel Sun Moon Lake ini memang mengujakan kerana ia punyai tarikan tersendiri. Pemandangan Tasik Sun Moon yang indah dan juga keindahan hutan asli yang masih lagi ada di Taichung dan juga Formosan Aboriginal Cultral Village yang terdapat di sini.
Sun Moon Lake Cable Car ini mempunyai panjang hampir 2km. Satu godola kereta kabel boleh memuatkan maksima 8 orang dewasa, tetapi nak selesa cuma 6 orang satu gondola lebih sesuai. Yang menarik sebab cuaca yang sejuk menjadikan pengalaman menaiki Sun Moon Lake Cable Car lebih enjoy disamping dapat melihat keindahan sekitar tasik Sun Moon ini.
Mereka yang berminat untuk membeli tiket menaiki Kereta Kabel Sun Moon Lake ini, boleh dapatkan tiket anda di stesen Sun Moon Lake, stesen Kampung Budaya Formosan Aboriginal atau di Nantou Sun Moon Lake Youth Activity Center
Ropeway kereta kabelini boleh didapati dari jam 10:30 pagi sehingga jam 4:00 petang pada hari-hari bekerja. Untuk waktu operasi hujung minggu dan maklumat lanjut mengenai harga tiket, sila layari ke laman web rasmi FACV di www.nine.com.tw.