Antara perkara penting ketika nak travel ialah untuk semak dan pastikan waktu solat yang yang tepat untuk lokasi atau negara tempat yang kita ingin lawati. Sebelum ke Taiwan, MrJocko ada semak waktu solat di Taiwan di laman web Islamic Finder ini untuk makluman asas. Info ini berguna sebab senang kita nak rancang untuk tujuan solat jamak.
Alhamdulillah, sepanjang MrJocko di beberapa hotel di Taiwan termasuk Hotel Tai-yi Ecological Leisure Farm Resort Taichung, Tayih Landis Hotel Kaohsiung, Ambassador Koahsiung Hotel dan Amba Hotel Ximending, mereka menyediakan maklumat penuh tentang waktu solat di Taiwan secara terperinci dan mudah.
Sesetengah hotel lain, selain dari hotel di atas juga ada menyediakan ruang solat dan juga menu makanan halal dan muslim friendly restaurant bagi kemudahan pelancong muslim ketika di Taiwan.
Waktu solat di Taiwan berbeza mengikut minggu pertama sehingga minggu keempat. Tetapi dapat MrJocko simpulkan, waktu subuh di Taiwan sekitar jam 4.30 pagi, waktu Zuhur jam 11. 40 tengahari, Waktu Asar jam 3.00 petang, waktu Maghrib jam 5.15 petang dan waktu Isyak jam 6.30 malam.
Sudah tentu ia berbeza juga mengikut musim samada musim bunga, panas, luruh dan musim sejuk. Oleh sebab itu, kalau nak tau waktu solat di Taiwan secara tepat, anda boleh semak laman web Islamic Finder atau laman web berkaitan untuk jadual waktu solat di Taiwan yang tepat.