Pagi ni MrJocko sarapan di Amba Hotel. Di Amba Hotel Ximending ini ada punya 3 section iaitu Chiba, Tingba dan Tianba. Setiap sudut section ini punya dekorasi yang berbeza.
Untuk sarapan di sini MrJocko pilih untuk makan Roti, Salad, Buah dan juga Omelet Vegetarian. Menu lain memang banyak tetapi biasala, tidak halal untuk Muslim.
Untuk buah dan Jus Oren di Amba Hotel kitchen ni memang segar. Salad pun memang nampak simple tetapi bila dicampur sengan Thousand Island memang best.
Persekitaran tempat makan betul-betul di hadapan kaunter pendaftaran atau lobby hotel di tingkat 5. Ruang memang luas dan sangat cantik. Kalau lepak lama-lama pun best.
Kalau ke Ximending, boleh cuba menginap di butik hotel murah dan cantik macam Amba Hotel ini. Bilik yang MrJocko menginap, Junior Suite, sangat besar dan menarik.