Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Tempat-tempat Menarik Di Taipei

$
0
0
Hanya tinggal beberapa hari lagi, MrJocko akan ke negara Taiwan dan destinasi kali ini ke Taipei. Terima kasih kepada penaja trip tahun ini, syarikat dimana MrJocko bekerja, Public Mutual Berhad.

Minggu ni sempat membuat sedikit survey dan info pasal tempat-tempat menarik di Taipei. Tak pernah ke Taiwan dan ini semestinya pengalaman yang baru untuk MrJocko ke negara tersebut. 

Kalau mengikut aturcara lawatan yang diberikan, MrJocko senaraikan beberapa lokasi menarik yang akan menjadi tumpuan selama lawatan pelancongan 6 hari 5 malam ke Taipei termasuk :




1. Menara Taipei 101 - Sebuah menara yang terkenal di pusat bandarya Taipei dan ia menjadi mercu tanda bandaray Taipei dan negara Taiwan. Permandangan memang menarik dan khabarnya pelawat dapat melihat seluruh bandar Taiper dengan jarak pusingan 360 darjah.





2. Shilin Night Market - Merupakan pasar malam kakilima yang terkenal di Taipei. Mungkin ia seperti Petaling Street, tetapi dalam saiz yang lebih besar. Kat sini pelbagai barang dijual dengan harga yang murah.





3. Queens Head di Yehliu Geopark - Satu tarikan di mana satu kawasan tepi pantai yang mana batu-batu sekitar berkenaan menjadi tarikan pelancong.  Unik bukan?






4. Chiang Kai Shek Memorial Hall - Satu kawasan pusat pelancongan yang menempatkan bangunan dan kawasan yang di namakan sebagai Chiang Kai Shek, sempena nama tokoh terkenal di Taiwan.




5. Love Bridge - Mungkin ini satu lokasi pelancongan baru di Taiwan dan khabarnya di sini satu lokasi pilihan dan terkenal dalam penggambaran filem Taiwan.




6. Shangrila Leisure Farm - satu kawasan peanginan di tanah tinggi dan mempunyai kawasan ladang yang subur. Katanya disini banyak buah-buahan.


Kesemua tempat-tempak menarik ini InsyaAllah akan kami kunjungi minggu depan. Harap semuanya best. Satu lokasi yang teringin MrJocko nak pergi ialah Masjid di Taipei. Harap-harap berkesempatan juga. Nantikan entry pasal Taipei dan Taiwan selepas dari pulangnya MrJocko dari negar tersebut.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468