Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Menu Halal Di Hotel Del Lago Taichung

$
0
0

Taiwan memang negara yang punya masyarakat Islam yang tidak ramai dan minoriti. Tetapi sebenarnya di Taiwan, ada banyak lokasi untuk mencari menu makanan halal samada di Taipei, Taichung atau di Kaohsiung.

Makan tengahari kami semasa singgah di Sun Moon Lake, kami makan menu masakan Chinese Muslim di Hotel Del Lago, kira-kira 5 kilometer dari Sun Moon Lake.

 

Restoran Halal Muslim Taiwan
 
Restoran Halal Muslim Taiwan
 
Restoran Halal Muslim Taiwan

 

Menu kami tengari tersebut, kami dihidangkan dengan Udang Goreng Sayur, Sup Ikan, Sotong, Nasi Stim Kukus, sayuran dan buahan. Semua masakan ini dimasak oleh tukang masak profesional dan punyai chop Muslim Friendly Restaurant di Taiwan.

Rasa menu kat Taiwan, memang sedap dan ada keaslian masakan chinese style. Banyak menu mereka ada sayur, rasa yang agak tawar dan light, menu yang segar dan buahan yang manis.

Walaupun jarang makan menu seperti ini, MrJocko masih boleh makan. Rasa tidak la terlalu sedap, tetapi boleh di makan kerana di sini tak banyak pilihan.

Jadi kalau anda teringin nak ke Sun Moon Lake Taiwan, jangan risau, masih ada ruang untuk cari restoran Muslim Friendly. Anda juga boleh buat pilihan untuk ke sini dan menginap selama beberapa hari di Taichung. Ada banyak lokasi homestay dengan harga yang murah.

Untuk yang ingin makan di Restoran Del Lago, boleh menuju ke pekan kecil berdekatan dengan Sun Moon Lake. Lokasi hotel Del Lago pun, tak ada masal sangat.

Selamat Melancong ke Sun Moon Lake Taiwan.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468