Ramai kat Malaysia yang semakin suka dengan biskut terkenal dari Korea Selatan yang diberi nama Pepero. Biasanya MrJocko selalu jumpa dan beli Pepero yang berwarna Hijau. Itu paling Popular.
Semalam semasa stop di kedai serbaneka di Kaohsiung, sempat jumpa 3 jenis lagi Pepero yang berwarna Kuning (Nude), Merah (Original) dan Merah Putih (White Cookies Oreo).
Harga untuk satu kotak Pepero di Taiwan sekitar NTD49 hingga NTD59.
Ada yang kata Pepero White Cookies ni sedap sebab ada rasa Oreo. Betul ke?