Media FAM Trip Muslim Taiwan 2014 memang bukan yang dirancang lebih awal. MrJocko dapat tahu ke Taiwan ialah 2 Minggu lepas. Kebetulan tarikh berangkat adalah tarikh hari jadi MrJocko yang ke-37.
Satu pengalaman baru bila nama MrJocko disebut-sebut ketika di atas awan oleh Cabin Crew AirAsiaX. Serentak selepas itu lagu Happy Birthday Celebration pula di mainkan khas untuk MrJocko.
Bila sampai di Tai-yi Resort Hotel, Taichung, ada surprise celebration dan kek hari jadi untuk MrJocko selepas waktu makan malam.
Untuk sambutan hari jadi ke-37, ia satu pengalaman baru menyambutnya di Taiwan.
Terima Kasih atas ingatan kawan-kawan di Facebook dan semua yg mendoakan kesejahteraan MrJocko. Selamat Hari Jadi untuk diri sendiri, MrJocko.