Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Hakata Torimon Kek Sedap Dari Jepun

$
0
0
Mungkin dah ada yang pernah rasa Kek Sedap yang terkenal di Fukuoka ini. Ia dikenali sebagai Hakata Torimon, kek yang berbentuk bulat leper dan lembut ini menyerupai ala-ala Dorayaki yang terkenal di Jepun.

Tahun demi tahun, Hakata Torimon telah menjadi salah satu menu makanan yang paling terkenal di Fukuoka. Ia menjadi salah satu cenderamata popular untuk pelancong. Menu Hakata Torimon ini adalah gabungan baru dan tradisional dan dijadikan menu baru untuk anda rasai







Hakata Torimon Kek Sedap Dari Jepun



Hakata Torimon ini ialah kek jem kacang tradisional dengan krim segar dan mentega. Sebaik sahaja anda memakan Hakata Torimon ini, anda pasti akan suka. Anak-anak MrJocko yang pertama kali merasai kesedapan Hakata Torimon ini masing-masing. 

Populariti Hakata Torimon telah meningkat sebagai cenderamata popular dari bandar Fukuoka. MrJocko sendiri menerima Hakata Torimon dari Fukuoka Goverment City sebagai hadiah sempena lawatan kami ke sana. 

Hakata Torimon boleh didapati di Kedai Meigetsudo, Lapangan Terbang Fukuoka, Stesen JR Hakata dan banyak kedai-kedai cenderamata di bandar Fukuoka dan sekitar.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468