Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

ERA FM Kekai Radio No 1 Malaysia Astro Radio

$
0
0


ERA FM Kekal Radio No. 1 Malaysia

RADIO BAHASA MALAYSIA

ERA fm Kekal Takhta Raja Radio Malaysia,  Jumlah Pendengar SINAR fm Meningkat, THR Gegar Masih Kuasai Pantai Timur!

ERA fm adalah stesen radio No. 1 di Malaysia dengan jumlah 5.2 juta pendengar setiap minggu. Rancangan Sarapan Pagi bersama Johan, Haniff dan Ray menarik sejumlah 2.9 juta pendengar, manakala rancangan Petang ERA bersama Adi & Zahid mencatatkan 2.7 juta pendengar setiap minggu. Purata jumlah pendengar ERA fm meningkat dari 272,000 ribu kepada 293,000 dan mempunyai Pendengar Eksklusif sebanyak 1.5 juta. Masa yang diluangkan oleh para pendengar meningkat dari 8 jam 47 minit kepada 9 jam 32 minit.

THR Gegar masih lagi mengekalkan kedudukannya sebagai stesen No. 1 di Pantai Timur dengan jumlah pendengar sebanyak 1.9 juta. Manakala, THR Gegar juga berjaya meningkatkan jumlah purata pendengar dari 121,000 kepada 136,000 orang dan turut meningkatkan jumlah Pendengar Eksklusif mereka dari 623,000 ke 823,000.

SINAR fm telah mengukuhkan kedudukannya sebagai stesen No.3 di Malaysia dengan jumlah pendengar mencecah 3.7 juta. Rancangan Sarapan Pagi SINAR fm, SINAR Pagi,  mengalami peningkatan dari sudut jumlah pendengarnya yang mencapai 1.9 juta orang setiap minggu. Manakala, jumlah Pendengar Eksklusif SINAR fm juga meningkat dari 846,000 kepada 1.1 juta orang dengan purata masa yang diluangkan oleh para pendengar dicatatkan selama 9 jam 46 minit.





RADIO BAHASA CINA

MY FM mengekalkan kedudukannya sebagai stesen Bahasa Cina No.1 di Malaysia dengan jumlah 2.0 juta pendengar setiap minggu. Rancangan Pagi bersama Jack, Mei Yan dan Jeff berjaya mendapat lebih 1.3 juta pendengar, dan kekal sebagai Rancangan Sarapan Pagi Berbahasa Cina No.1 di Malaysia untuk 11 kali berturut-turut. Untuk Rancangan Petang, pula MY FM mencatat lebih 1.2 juta pendengar. Purata masa yang diluangkan oleh para pendengar di MY FM meningkat kepada 10 jam 06 minit.

MELODY FM dilaporkan mengalami peningkatan jumlah pendengarnya sebanyak 70% dengan purata jumlah pendengar meningkat dari 313,000 kepada 533,000. Jumlah Pendengar Eksklusif stesen ini juga meningkat dari 20,000 kepada 35,000. Manakala, jumlah masa yang diluangkan oleh para pendengar mencatat lebih 10 jam 52 minit.


RADIO BAHASA INGGERIS

hitz fm masih lagi kekal kedudukannya sebagai stesen No.1 Bahasa Inggeris di Malaysia dengan jumlah pendengar 1.1 juta. Rancangan Sarapan Pagi The hitz fm Morning Crew bersama Ean dan Jin merupakan Rancangan Sarapan Pagi Bahasa Inggeris No.1 negara dengan jumlah pendengar sebanyak 436,000 orang. Manakala Rancangan Petang bersama R.D pula mencatat jumlah 496,000 orang pendengar. Purata masa yang diluangkan oleh para pendengar hitz fm adalah 6 jam 08 minit.

Lite FM merupakan satu-satunya stesen Bahasa Inggeris yang berjaya meningkatkan jumlah pendengarnya dengan mencatatkan penigkatan sebanyak 11%, iaitu lebih 265,000 orang pendengar. Stesen ini juga mendapat jumlah masa yang tertinggi diluangkan oleh para pendengar yang iaitu 9 jam 59 minit. Pendengar Eksklusif Lite FM meningkat dari 58,000 orang kepada 80,000 orang pendengar.

MIX fm pula mencatatkan penurunan dalam jumlah pendengar, dari 209,000 kepada 161,000. Masa yang diluangkan oleh para pendengar pula adalah 6 jam 09 minit, manakala jumlah Pendengar Eksklusif mereka pula dicatatkan pada jumlah 22,000 orang.

RADIO BAHASA TAMIL

THR Raaga masih lagi mendominasi arena radio Bahasa Tamil di Malaysia dengan mencatatkan jumlah pendengar sebanyak 1.9 juta. Jumlah Pendengar Eksklusif stesen ini meningkat dari 927,000 orang kepada 977,000 orang. Manakala, jumlah Purata Pendengar pula meningkat dari 192,000 kepada 210,000.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468