Hari ini, kerjasama Shell Malaysia, Maybank dan American Express melakar satu sejarah baru dalam melancarkan Kad Prepaid baru yang dikenali sebagai SHELL easiGO Prepaid Card di Saujana Hotel, Petaling Jaya, Selangor.
Kad ini dikeluarkan oleh Maybank dengan kerjasama dari pihak Shell Malaysia dan juga American Express dan ia merupakan Kad Prepaid untuk kegunaan Petroleum seumpamanya di Malaysia dan juga di dunia.
Perlancaran SHELL easiGO Prepaid Card ini disempurnakan bersama oleh Tuan Haji Azman Ismail, Managing Director Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Mr B Ravintharan, Head Of Cards Group Community Financial Services, Maybank dan juga Mr Sanjiv Malhotra, Vice President, Business Development, Partner Card Services Asia, American Express.
Apa dia Shell easiGO Prepaid Card?
Shell easiGo Prepaid Card ialah satu kad prepaid American Express yang dikeluarkan oleh Maybank, selamat dan boleh tambah nilai untuk memudahkan pengguna mengisi nilai wang ke dalam kad prepaid tersebut dan digunakan di lebih 950 buah stesen minyak Shell di seluruh Malaysia.
Kad Prepaid Shell easiGO ini juga di cipta untuk memudahkan pengguna dengan cara 'cashless' yang mana pengguna boleh swipe sahaja kad tersebut di mesim pam tanpa perlu beratur di kaunter pembayaran.
MrJocko sudah menerima dan mengaktifkan Shell easiGO Prepaid Card dan akan menggunakannya dalam masa terdekat. InsyaAllah, MrJocko akan kongsi kelebihan SHELL easiGO Prepaid Card ini dan juga cara mudah menggunakannya.
Shell easiGO Prepaid Card American Express ini boleh ditambah nilai menggunakan Mesin ATM dan juga melalui Maybank2u.com atau servis Interbank Giro (IBG).
Ada banyak lagi kelebihan Shell easiGO Prepaid Card ini. Tunggu entry selanjutnya dari MrJocko.
Untuk maklumat lanjut tentang Shell easiGO Prepaid Card, anda boleh layari www.shell.com.my atau www.maybank.com.my