TOP, jenama pencuci yang terkenal di Malaysia kini mengorak selangkah lagi dengan memperkenalkan satu Inovasi Pencucian Terbaik sebagai langkah menyedarkan rakyat Malaysia tentang perbezaan cucian biasa dengan cucian bersih yang menyeluruh.
Pelancaran dan Majlis memperkenalkan produk inovasi terbaru dari TOP dan Lion CORPORATION Japan ini berlangsung di Pasaraya MYDIN USJ pada 29 Oktober 2014.
TOP yang diuruskan oleh syarikat tempatan Southern Lion Sdn Bhd, turut memperkenalkan Teknologi FreshCare yang mengandungi pewangi “Rich Lasting” untuk kesegaran berpanjangan, diperhebatkan dengan pewangi mikrokapsul yang diaktifkan melalui geseran dan membebaskan haruman semerbak yang mampu memberikan haruman berkekalan sehingga 14 hari daripada membasuh hingga kepada memakai.
Teknologi terbaru Anti Malodor dari TOP ini dirumuskan dalam varian ‘Blooming Freshness’ terbaru, dan telah mendapat respon yang baik daripada pengguna.
TOP adalah detergen pakaian pertama yang memperkenalkan teknologi anti-bau hapak di Malaysia pada tahun 2003. Ia kemudiannya memperkenalkan formulasi anti-debu hama pada tahun 2011 yang terbukti menghapus 99.9% debu hama yang merupakan sumber alahan, dan terus menggunguli konsep kebersihan yang menyeluruh.
Tak hairanlah kalau ramai pengguna di Malaysia memilih untuk menggunakan produk TOP sebagai bahan pencuci pakaian di rumah samada untuk pakaian harian, pakaian pejabat, selimut, serta pakaian bayi.
Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa, kebersihan menyeluruh bukan sahaja menanggalkan kotoran yang kelihatan tetapi yang tidak kelihatan juga. Tujuannya adalah untuk menghalang atau mengurangkan kesan mikrobiologi seperti bau hapak atau risiko jangkitan yang mungkin merebak melalui pakaian yang kotor atau kemasan fabrik. Ini semua dapat diatasi dengan sabun pencuci TOP.
Ada beberapa kelebihan lain jika anda menggunakan produk pencuci TOP ini, iaitu Methyl Ester Sulphontaes (MES), agen pembersih yang berasaskan tumbuhan, bersifat neutrel karbon, dan mudah terurai dalam air kumbahan. Ia mampu memberikan kuasa pembersihan berprestasi tinggi hanya dengan dos kecil.
Ada beberapa kelebihan lain jika anda menggunakan produk pencuci TOP ini, iaitu Methyl Ester Sulphontaes (MES), agen pembersih yang berasaskan tumbuhan, bersifat neutrel karbon, dan mudah terurai dalam air kumbahan. Ia mampu memberikan kuasa pembersihan berprestasi tinggi hanya dengan dos kecil.
Ada haruman wangi dan Anti-Malodor TOP |
Untuk pengetahuan anda, produk pencuci TOP boleh didapati dalam bentuk 4 varian iaitu Super Colour, Super Hygienic, Super White, dan Blooming Freshness sementara rangkaian Detergen Cecair Pekat TOP termasuk Fresh Tropicana, Blue Oceania, Color Care and Anti-bacteria. TOP juga menawarkan detergen serbuk dan cecair untuk mesin basuh muatan depan, TOP Lite untuk kain halus dan Pelembut TOP Dayfresh.
Detergen TOP dijual di semua pasaraya besar, pasaraya utama, pasar mini dan kedai runcit di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.